Cerita sandwich & berita perpindahan

Hmm... lamanya tak update di sini kan? Agak busy lah sekarang, al-maklum dah nak hujung² tahun camni. Sekarang tengah nak adjust program untuk Oktober ni pulak. Bajet pun tak siap² lagi tapi kita update blog dulu lah ye. 

Sandwich telur + cheese bekal untuk breakfast hari ini

Ya.. hari ni saya buat sandwich je untuk #theIMANs dan ibunya. Tak larat nak masak bagai. Minggu ni macam penat sangat fizikal dan mental. Balik umah memang malas nak masak, beli je tapau makan kat umah. Nak makan luar pun malas kan. Macam tu sekali tahap kemalasan dan kepenatan saya.

Selalunya untuk bekalan anak-anak saya akan beli roti sandwich sebanyak 2 bungkus. Memang ngam-ngam ho untuk diorang breakfast kat umah, bawak bekal dan selebihnya bekal Ibu. Tapi selepas ni ahli rumah akan bertambah lagi seorang, si Ayah. Apa?? Ayah??

Eh, Ayah nak bawak bekal jugak ke???? Ayah ada ke??


Ye lah, Ayah #theIMANs dah dapat pindah ke tanah air ibu pertiwiku dah. Alhamdulillah, setelah hamper 4 tahun PJJ kami akan bersatu semula tak lama lagi. Yeay!!!


Ayah dah kembali ke pangkuan keluarga nanti mesti dah tak cukup dah kalau beli 2 bungkus kan. Mungkin cukup untuk breakfast kat umah jer lah tapi Ibu atau Ayah tak boleh nak bawak bekal. Hahahaha.



Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form