Masak Lemak Cili Api De'Salai Bangi Station

Petang ni masak apa untuk berbuka?? Masak lemak sedap kan?? Hehehe. Baru jer mak masak semalam. Sepanjang puasa ni belom lagi berbuka kat umah sendiri, #theimans nak buka & sahur kat umah nenek. Sunyi kot diorang. Tunggu Ayah balik nanti baru lah kot seronok berbuka kat umah sendiri.

Tahun lepas ke bazaar ramadhan Putrajaya singgah beli masak lemak cili api kat satu gerai ni. Tapi daging salai time tu dah abis, so terima jer lah apa adanya lauk yang ada. Tapi tauke tu sempat lagi promote restoren dia kat Bangi. Alhamdulillah, tahun ni dah rezeki kot baru sempat nak makan kat situ.

Kat Bangi Gateaway jer pun ni. Malamnya parking lot depan tu ada Uptown Bangi Gateway. 

Kami memang target nak makan masak lemak pun. So pergilah dalam kol 10 camtu dengan harapan lauktengah hari dah ada. Sampai jer lauk masih tak banyak tapi staff dia cakap dah masak, tunggu nak angkat dari dapur jer lagi. Oklah, kami jenjalan kat Pasar Karat dulu.

Bila dah habis pusing Pasar Karat yang belum banyak jugak kedai dah bukak, kami kembali menjenguk lauk yang dah ada. Yeay!!! Dah boleh makan dah.

Tengoklah lauk suami isteri. Mestilah taknak rugi. Sorang ambik daging salai, sorang ambik ikan keli. So 2-2 dapat rasa kan?

Tapi, daging salai ni memang serius sedap. Pernah jer masak sendiri tapi dagingnya tak lembut. Yang De'Salai ni memang lembut sangat. Nak nangis jer rasa. Hahahaha.

Close up sikit. Hehehe. Ikan keli ni mestilah saya yang punya. Tapi daging salai lagi lagi lagi lagi lagi sedap. Nyam nyam... Tangan pun cepat jer pindah kat pinggan depan tu haa..

Oh, ya sambal gesek tak boleh tinggal. Sambal gesek dan masakan berasaskan santan memang tak dapat dipisahkan kot. Memang wajib ada baru ada kick rasa makan. Hehehe. Nak story pasal sambal gesek ni, dekat area sambal gesek tu memang ada friendly reminder comel, AWAS! SAMBAL GESEK INI PEDAS MELAMPAU. Ingatkan takdelah pedas sangat. Rupanya ini bukan cobaan, memang betul² pedas. Hahaha. Tapi kan tak sedap tak kick pulak makan kan? Puas hati lah. Tapi kan, tapi lagi ek.. hahaha... member cakap masak lemak cili api kat Masta lagi sedap. Saya pun tak tau area mana, orang kata Sungai Merap situ lagi sedap dari De'Salai ni. Nanti kita try situ lah pulak. Hehehehe.

Last but not least, saya dan my botak man.. kah kah kah.. sampai jer KL ari tu terkejut tengok si botak ni, rasa takmo ngaku plak husband I ni samseng kontot. Wakakaka. Boleh pulak dia botakkan rambut sebelum saya sampai KL. Hahaha.. whatever la.




1 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form