Review homestay Zen Home di i-City

29 Mac 2019 - Kami bergerak dari Putrajaya ke i-City Shah Alam. Kat i-City saya dah book homestay via Agoda. Tengok dari Agoda memang cantik. Bila dah check in, memang sebijik dalam gambar di Agoda. Puas hati sangat!! Anak² pun suka. Ye lah mana pernah duduk umah apartment, umah sendiri atas tanah jer. Pastu cantik pulak tu, mewah je deco & furniture kat homestay tu.

Yang tak bestnya, nak check in tu susah yakmat nak contact owner homestay tu. Berapa kali entah call tak dapat². Tapi silap saya jugak tak whatsapp owner tu dulu bagitau masa nak check in etc. Tapi overall masih tetap terbaik sebab homestay tu cantik sangat. 

Zen Home ni ada 2 bilik, dapur lengkap dengan dapur, peti sejuk, mesin basuh, shower ada 2. Kami suami isteri tidur di bilik utama, mak & bapak tidur bilik tidur 1 lagi dan diorang budak² tido di sofa bed depan tv di ruang tamu. Takde toto takde masalah, ambik jer comforter jadi tilam untuk diorang. Budak² ni ok jer. Redha jer sebab dah happy. Hehehehe.

Silalah jamu mata dengan fasiliti di Zen Home ni yer.







Di i-City ni memang ada banyak homestay. Kalau SOHO memang ada kaunter kat basement parking untuk ambik kunci. Yang Zen Home ni diorang tumpang ofis Qudos Homestay. Masa cal owner tu macam bukan Malaysian jer Englishnya. Mungkin foreigner atau Singaporean.

Ofis Qudos Homestay. Rate agak mahal sikit berbanding Zen Home dan takde di Agoda.

Siapa yang pernah ke i-City taulah banyak apartment kat area i-City tu sendiri. Zen Home ni terletak di blok Parisien ni. Turun bawah dah i-City. Jalan sikit ada jambatan yang link ke Central i-City (shopping mall baru yang ada Sogo). Tapi masa kami sampai ari tu Sogo tak bukak lagi dan Central ni memang baru je soft opening 26 Mac 2019. Memang baru sangat lah. Kereta park jer kat parking Zen Home di level 5. Kami stay level 15. Semuanya pusing² situ jer takyah ke mana-mana. Memang nak main kat i-City jer pun.

Zen Home di tingkat 15, blok D (Parisien)

Ni lah antara blok-blok apartment di I-City. Pemandangan dari Central i-City. Parisien TOwe di belakang blok depan tu sebab homestay kami menghadap jalan utama dari Seksyen 7 nak masuk ke Central & i-City. Nampak tak bridge tu? Bridge tu lah yang menghubungkan apartment dan Central. Yang nak shopping bolehlah teruskan niat murni, yang nak berjimba bolehlah terus ke i-City park kat situ. Happening sangat kalau staycation kat area ni.


Nak carik homestay di i-City boleh la try Zen Home ni. Cercari kat Zen Home di Agoda. Nak pergi Sogo pun dekat. Sesuai untuk nak lepak dan family bonding dengan famili.





Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form