13 April PROKIDS di Kuching. Registernya bulan 1 ari tu dah. Tapi bulan ni baru gitau Kakak. Takut dia excited kalau gitau awal. Hahahaha.
Respon kakak - best. Moral of the program dia taknak tinggal solat, sayang Ibu Ayah, jadi anak yang baik. Semoga istiqomah ye anakanda.
Hari tu saya ada kursus pendek kat Kolej so takleh nak antar kakak ke PCC tu walaupun dekat jer dengan Kolej. So Ayahlah yang antar. Pastu Ayah gitau kol 4 nanti parents pun dijemput sekali untuk sesi doa bersama anak. Apalagi, mesti la tak lepaskan peluang. Biar punch out awal tapi family tetap priority.
Ramai sangat orang ari tu. Masuk jer dewan memang susah lah nak cari si kakak. Semua budak dah nangis dah, sesi refleksi. Saya ni tengok orang nangis mudah jugak nak berjangkit. Hihihihi.
Dapat snap dari jauh jer Ustaz Ebit.
Jumpa jugak kakak.
Kakak dan anak jiran depan rumah.
Jumpa anak member terus ajak bergambar sebab tak jumpa maknya, bergambar dengan anak pun jadilah.
Jumaat ni cuti umum di Kuching. Si kakak dah pandai request nak join kem anak soleh yang selalu dibuat waktu cuti. Tengok tentatif memang okay sangat. Oklah, Ibu registerkan kakak. Sekali dengan adik k.