APRIL Bulan Kesedaran Caesarean Sedunia - Ini Kisah Kakmim
Sempena bulan April ni bulan kesedaran Caesarean sedunia makanya saya pun nak mencoret sedikit di sini. Hmm... bagi yang telah lama follow blog ni memang saya coretkan di sini pengalaman 1st pregnancy saya dulu di mana si kakak masih dalam keadaan breech semasa 7 bulan. Dia tetap setia 'duduk' sehinggalah full term 36 minggu. Pernah melalui proses ECV (External Cephalic Version) tapi sakit yakmat dan saya terus surrender sign form set appointment LSCS pada minggu ke 39.
Pada mulanya tau si kakak berada dalam kedudukan breech, sedih sangat. Ye lah anak pertama lagi dah nak kena operate, tak sempat nak merasa kelahiran normal. Dan bila dah operate peluang nak beranak ramai paling maksimum pun 3 je lah. Huhuhu. Memang frust jugak sebab target nak anak 4.
Kakak ni cucu sulung, cicit sulung. Semua orang memang menunggu kelahiran dia. Dalam famili sebelah mak memang takde sejarah makcik² yang operate. Mak dan Wa (kakak sulung mak) memang tak tau pun cara-cara nak jaga orang berpantang ceaser ni. Mak dan Wa pun push jugak saya berurut dengan mak bidan. Huhuhu. Saya rela dalam terpaksa, patuh je cakap mak dan wa, pergilah umah mak bidan tapi tak berjaya. Nasib baik tak jadi apa-apa time tu. Bila difikirkan balik, memang risky betul time tu.
Dan yang paling sedih yang tak dapat saya lupakan, adalah sorang colleague tu di Kolej, bila dengar je saya plan LSCS bukannya nak bagi moral support, cerita benda yang menyeramkan lagi ada. Dia ceritalah ada orang lepas ceaser terus lumpuh. Memang bengang sangat time tu. Mulut tu memang takde insurans. Bukannya kita nak pun baby kat dalam songsang. Kenapa dia nak memperkecilkan kelahiran baby saya nanti?? Tau tak perasaan tu? Dah lah ko pregnant anak pertama, pengalaman zero pastu ko sogok dengan cerita² macam tu. Memang aura negatif betul. Sampai hari ni saya masih ingat situasi tu, kami berbual dalam pantri. Geram sangat.
Tapi ada jugak manisnya plan LSCS ni. Doktor tanya nak set LSCS pada 29 Oktober ke 30 Oktober? Of course lah nak 30 Oktober, senang sikit nak ingat kan? Hehehe.
Malam sebelum nak ceaser tu memang tak boleh tidur. Macam² jer yang difikirkan. 10 malam dah start puasa dah. Rasanya kol 12 lebih jugak baru dapat melelapkan mata. Rasa macam banduan yang menunggu nak ke tali gantung jer rasanya.
Paginya saat nak masuk OT memang masih ingat lagi nurse panggil, Patient bed 12 mandi bersih² dan pakai baju OT ni. Sedih tau disuruh mandi tu. Entah² mandi sendiri yang terakhir ke. Huhuhu.
Dah siap lengkap dengan pakaian OT nurse sibuk pulak cari husband. Manalah pulak husband ku ini. Sedihnya takde sapa² kecuali nurse je. Rupanya bila nurse dah usung ke OT Encik Suami dah siap berpakaian lengkap OT jugak tolong usung katil ke OT. Sedihnya time tu. Uwaaaaaaaa!!
Masa nak cucuk epidural, tengok Encik Suami lambai² dari luar. Pilu jer rasa tapi time tu mulut memang kumat-kamit baca doa je. Macam-macam surah dan doa yang keluar. Sungguh tak lama, sekejap jer prosedur dalam 20 minit macam tu sahlah saya bergelar Ibu. Alhamdulillah.
Dan yang surprisenya tak sangka pulak baby yang kuar tu baby girl!! Hehehehe. Alhamdulillah, tu cerita 10 tahun yang lalu. Sekarang kakak dah darjah 4. Syukur.
Gambar pertama kakak yang disnap Ayah di OT. Time tu guna BB so kualiti gambar takdelah macam Oppo. Hahahaha. Berat kakak time tu 3.17 kg. Dan dia memang menjuarai carta berat ketika lahir dalam #TheIMANs
Adik² si kakak pun ada 3 orang sekarang, semuanya boy dan semuanya kelahiran normal. Syukur sangat.
Sesungguhnya, caesarean bukanlah pengakhiran kepada kelahiran normal ye uols. Just be positive dan prepare ilmu parenting agar penuh di dada. Saya alhamdulillah dapat 3x vaginal delivery selepas ceasarian.
Sesungguhnya, caesarean bukanlah pengakhiran kepada kelahiran normal ye uols. Just be positive dan prepare ilmu parenting agar penuh di dada. Saya alhamdulillah dapat 3x vaginal delivery selepas ceasarian.
Tak kisahlah kelahiran melalui c section atau kelahiran normal, dua-duaa melibatkan pengorbanan seorang ibu. Pernah dengan pengalaman lecturer tentang c section ni. Bila dengar pun dah takut, tak tahulah macam mana orang yang menghadapi. Yang paling penting untuk ibu pertama kali ni adalah sokongan moral dan ilmu daripada yang lebih pakar.
ReplyDelete