Tahun ke 12


2019 masuk tahun ke-12 saya menjadi penjawat awam
Alhamdulillah
Masih diberi peluang untuk berkhidmat kepada anak bangsa

Tahun ke-12
Memang tak dinafikan motivasi untuk bekerja memang semakin merudum
Tambah lagi dengan persekitaran kerja yang tak best
Buat kerja ala kadar je
Asal capai KPI
Nak lebih dari tu memang dah takde dah
Saya perasan itu

Saya dan dulu jauh berubah
Dulu saya sangat suka perubahan
Nak buat itu, nak buat ini
Fikir projek itu, projek ini
Sekarang... malas nak fikir
Nak buat lebih pun banyak banyak halangan

Persekitaran kerja dan bos sebenarnya main peranan
Dapat bos yang supportif memang semangat nak buat itu ini
Dapat yang tak tau apa, memang ko akan down

Sekarang saya lebih fikirkan anak-anak
Baik jaga kebajikan anak sendiri
Ambik anak balik sekolah, sediakan bekal anak ke sekolah
Itu lagi penting sekarang

Entahlah sampai bila nak jadi macam ni
Servis ada banyak tahun lagi
Hahahaha

Takpe, follow the flow je
Kalau nak stay tahap ni je pun ok jer kot.. wakaka


Yep.. saya kerja hari ni
Macam biasalah kerja hujung minggu 
Kejar KPI jugak, nak cuti ganti jugak
Macam tu lah
Nak buat macam mana lagi kan?

Ni nak buat kerja tertangguh pun takde mood
Tunggu punch out jam 5 je lagi ni
Iols is bertabah dan bersabar je
Layan mata layan lagu
Nak layan blog pun dah tak ramai yang memblogging sekarang
Hahaha





2 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Kalau kita seorang je yang bersemangat tapi orang lain tak macam tak bestlah. Semoga Kak Mim terus bersemangat untuk meneruskan khidmat sebagai penjawat awam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat sbb student je skrg.. Sbb bos & organisasi jgn hrp lah.. Hahahaha

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form