Sempena keberangkatan baginda Ayahanda ke Putrajaya setelah 2 minggu bercuti, Ibu masak ala² masakan kedai ari nih. Save banyak bila main masak² kat umah. Hehehe. Ye lah setelah sehari bergumbira semalam, haruslah hari ni dok umah jer. Tambahan lagi flight Encik Suami pada sebelah petangnya takkan nak merayau lagi kan? Hehehe 😅
Lunch kitorang hari nih.
Bawal emas sweet & sour! 😂😂 Selalunya bawal ni masak stim atau sup jer. Memang favourite #theIMANs sangat. Tapi rasa macam asyik stim jek. Kebetulan ada nanas dan tomato kita projekkan dia jadi sweet & sour 😂😂 Tinggal beli timun jer lagi. Siap!! 😎😎😎
Lepas tu kami ada sotong goreng tepung!!
Jarang sangat Ibu rajin nak goreng celup tepung si sotong ni. Selalunya masak kicap jer. Mudah, simple dan sedap. Tapi mengenangkan si Ayahanda #theIMANs yang hantu sotong, kita main celup² sotong ari nih. Demi cinta katakan 😂😂
Pastu mak pulak buat tempoyak goreng dan sambal udang kering. Pun favourite si cinta hati Ibu jugak. Hahaha. Takde dalam gambar. Dari malam tadi dah mak sibuk mewar-warkan masakan istimewanya. Hahaha. Ye lah menantu je makan si tempoyak goreng tu, anaknya tak makan pun. Sabor jer lah kan? Hihihi.
Flight keberangkatan cinta hati si Encik Suami hari ni macam biasa kol 6.40 pm. Bila dah balik dari airport nak ke rumah rasa kosong.. Kosong.. Kosongggg jer. Nak sedih tak sedih tapi rasa macam kosongggg jer. Susah nak didescribe perasaan tu.
Semoga ada berita baiklah lepas ni. Dapatlah baginda Ayahanda kembali ke pangkuan kami di bumi kenyalang nih. Sobbb.. Sobbb 😥