Gong Xi Fa Cai 2019

Tiap tahun CNY ex boss kami mesti jemput beraya di umahnya. Tak pernah tak jemput. Dan bila boss sendiri pm jemput beraya ke umah dia memang susah nak tolak. Tambah² lagi kalo ko memang sejenis yang setiap tahun akan datang, kalo tak datang tahun ni memang rasa tak sedap hati.

Itulah dia bekas pengarah kami, Mr Chow. Walaupun dah bertahun dah tak sebumbung seofis tapi kami masih lagi keep in touch. Kekadang whatsapp pun ada update pasal keja. Dia sakit pun dia tetap reply pm aku. Mana nak carik boss macam ni. Walaupun berlainan bangsa tapi baiknya memang lain macam. Memang rare ini cina 😅😅


Sebahagian daripada kami di umah ex boss. Semuanya dengan famili masing². Dah macam famili angkat pun ada. Datang beraya pun semua tak bawak tangan kosong. Bertambah meriahlah kuih-muih sebab wife dia mesti terus hidang sekali dan kami pun dipaksa makan semua jenis kuih dan biskut yang ada 😂😍

Sejarah perkhidmatan aku dengan ex boss Cina ni. Aku memang dari masuk keja lagi dah keja dengan Mr Chow. Memang tau sangat dah perangai dia. Apa yang dia suka, apa yang dia nak. Masa dia mohon kenaikan pangkat pun aku yang tolong touch up file² dia. Ye lah orang baik dengan kita, kita pun bantu jugaklah apa adanya. Memang jaranglah jumpa bangsa ni baik cenggini. Tapi masih wujud tau manusia macam ni. Tapi bilangannya memang tak ramailah. Kot. Hehehe.

Tahun lepas 'family photo' kami agak perfect. Tahun ni macam malas nak pegang henpon. Nasiblah Mr Chow dah pandai selfie. Gambar atas ni pun belas ihsan dia 😅


Kan? Kan? Aku perati jer dia adjust nak selfie. Dan kami tak payah dibagitau terus posing selamber 😁😁😁

Tahun ni tahun babi. Kih kih kih. Happy Chinese New Year uols 😊



Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form