Kek PUBG

12 Februari 2012... 7 tahun yang lalu, Kakmim berjaya melahirkan Irfan Mustaqim #anakno2 secara normal setelah kelahiran kakak secara LCSC atau ceaser pada tahun 2009. Perasaannya tak terkata masa tu. Ye lah masa anak pertama ceaser memang ada rasa down sikit. Bila dapat lahir secara normal memang tak terhingga kepuasannya.

So hari ni hari ulang tahun Abang yang ke-7. Happy birthday, Abang. Macam biasa celebration di umah je bersama kazen² jer. Kazen² ajer pun dah ramai. Dan yang best nya hampir setiap bulan akan celebrate bersama di umah nenek walaupun hanya sekadar sebijik birthday cake.

Birthday Boy

Dah namanya budak memang excited jer. Kakmim pernah buat birthday party untuk si kakak jer pata tahun 2011. Adik² yang lain tak pernah lagi buat secara besar-besaran. Hehehe. Standardlah kan anak sulung kan memang ada lain dari yang lain sikit.

Oleh kerana trending sekarang ialah game PUBG. Ibu layankan ajer beli kek PUBG. Keknya Russian Black & White. Bukan Abang yang request. Ibu yang excited tengok IG baker yang promote kek ni. Hehehehe.

Tadaaaa... PUBG theme cake!!


Dalamnya.. Russian Black & White

Ayah & hero-hero PUBG

Ni kazen² rakan sepermainan PASKAL & PUBG.. hahaha

Bebudak ni semua memang tengah season main PASKAL kalau tak pun PUBG. Kalau main dengan jiran depan umah nenek lagilah dia ada banyak koleksi senapang dan pistol. Memang feeling PUBG habislah tukar² senapang konon. Hahaha. Indahnya zaman kanak².

Another birthday is bulan April!!! Si #anakno3 dah ada bau² jeles semalam. Nanti dia nak kek birthday Mobile Legend!! Hahaha.

Bulan 4 nanti ada 2 yang akan sambut birthday. Hihihi. Sorang lagi si kazen the one & only yang perempuan tu. Kita tungguuuuuuuu!!!


Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form