Alhamdulillah, dah sampai ke trimester ketiga. Dah 33 minggu dah pun. Badan pun dah semakin berat dah ni. Baby Adek pulak semakin aktif bergerak. Kekadang tak selesa nak duduk. Sebab tu Ibu makin malas kot. Adoi.
Sepanjang pregnant kali ni, alhamdulillah semuanya ok. Masalah HB low dah macam kemestian, dari kakak Iman lagi. Dah macam trending dah. Cumaaaaa... cuma.. kali ni dilanda gatal yang sangat teruk. Macam takut tengok badan diri sendiri. Kalo gatal, bila dah garu tu memanglah sedap, nikmat. Tapi kesannya, menakutkan! Nanti maca bersalin confirm semua orang akan tanyalah. Nak buat macam mana, memang dah tak tahan rasa nak menggaru tu.
Entah kenapa baru terasa nak google pasal masalah ni. Nurse dan doktor pun cuma cakap perubahan hormon. So saya takdelah kisah sangat. Tapi ada jugak fakta yang menakutkan bila google. Harap-harap dijauhkanlah.
Dipetik dar blog Kak Yong
Sebenarnya, gatal kulit ketika mengandung adalah perkara normal. Namun, perlukan pengawasan sepanjang tempoh kehamilan. Simptom kegatalan ini akan bermla seawal 6 minggu dan berakhir selepas sahaja proses kelahiran. Punca kegatalan, masih tidak dapat dikenal pasti.Walaupun begitu, ada yang menyatakan bahawa gatal kulit ketika mengandung adalah disebabkan oleh perubahan hormone dalam badan. Kegatalan akan semakin ketara jika berada di bawah cahaya matahari. Hormon estrogen yang berlebihan ketika mengandung akan menyebabkan rasa gatal pada kulit.
Kak Yong sendiri mengalami gatal kulit ketika mengandung bermula dari trimester kedua. Gatal di bahagian tapak kaki dan juga betis. Macam kena gigit nyamuk, padahal tiada apa pun. Cara untuk melegakan kegatalan, Kak Yong sapukan herbal blend. Memang membantu mengurangkan proses kegaruan. Lama-kelamaan rasa gatal kulit pun hilang.Masuk sahaja minggu ke 24 naik pula ruam di sekitar belakang bahu Kak Yong. Memang gatal sungguh. Nasib baik kerja di tempat penghawa dingin. Jika tidak, alamatnya sudah semacam beruk tergaru-garu di Pejabat. In Shaa Allah kali ini juga, herbal blend menjadi rutin untuk disapu.Tetapi, suka Kak Yong hendak mengingatkan ibu hamil yang mengalami masalah gatal kulit ketika mengandung ini. Jika, anda mengalami kegatalan melampau, menggaru sehingga melecet dan mengelupas kulit walaupun tiada tanda ruam mahupun digigit serangga, elok kiranya berjumpa dengan doktor.
Terdapat sejenis penyakit yang digelar kolestasis intrahati kehamilan (ICP) yang boleh membawa kematian kepada bayi yang dikandung. Puncanya terjadi apabila hormon kehamilan mengganggu kemampuan hati untuk menmgankut asid hempedu di dalam darah. Toksin yang terkumpul dalam asid hempedu akan menyebabkan kegatalan serta memberika kesan buruk kepada jantung bayi. Jumpalah doktor dan lakukan pemeriksaan jika kegatalan yang dialami semakin teruk.
Di blog Dr Zubaidi pun ada isu gatal semasa hamil ni, tapi biasalah blog tu bukan boleh dicopy paste pun. So kalo ada yang nak baca fakta dar pengamal perubatan sendiri, bolehlah klik link ni >>>> http://drzubaidi.com/blog/kegatalan-kulit-semasa-hamil/
Semoga gatal-gatal ni hilang selepas bersalin. Malu pun malulah dengan parut-parut gatal di badan janji lepas bersalin gatal ni hilang.