Semalam bukak buku pink, nak tengok bila next appointment dengan doktor. Terkejut la wei, plan doktor nak jumpa pada minggu ke 36/52 (9 bulan) dan tarikhnya ialah 13 Julai 2015! 9 bulan tu!! 36 minggu! Tanjat gegirl. Ye la baru semalam jumpa nurse di KKIA check up 33 minggu so sepatutnya minggu ni 34 minggu. Tapi nurse di KK bagi appointment 36 mingggu pada 13 Julai 2015. Takpe. Hari ni kita pegi je.
So sesampainya di KKPJ, dapat turn no 1. Ye lah dah 7 setengah dah tercangok kat situ. Orang pun tak ramai lagi. Dalam kol 8.15 no 7101 pun dipanggil. Maka aku pun masuk la ke bilik ultrasound, sekali ditemani si Encik Suami.
Dengan ramahnya aku pun bercerita lah.
Aku: Saya peliklah doktor, baru semalam pegi KKIA check 33 minggu tapi sekali tengok appointment KKPJ minggu ni dah 36 minggu. Hehe. (Tapi secara berseloroh la)Doktor: Haaa... saya pun pelik. Puas saya kira, 34 minggu. Tapi kenapa appointment ni awal sangat.Aku: Hehehe.
Bla bla bla. Doktor belek-belek lagi gambar scan yang dulu-dulu, Betul la 34 minggu. Sebab tu lah pentingnya 1st scan. Itu yang akan menentukan EDD kita, kata doktor muda bernama Isnani tu. Hmm... baru saya tahu, penting rupanya 1st scan ni. Aku scan sebab nak sahkan betol ke tak pregnant. Hahaha.
Sebab dah sampai kat situ kan, doktor cakap, takpe kita proceed scan je. Kita check lagi progress baby bersamaan dengan week ke berapa. Baiklah, doktor. Hahaha.
Dan bila scan, Encik Suami pun tengok jugak, sebab before ni dia tak ikut sekali, rugi peluang nak tengok gender baby bila baby dah tunjuk ari tu. 3x scan nak tengok gender sekali je doktor cakap baby boy, Tu pun masa ayah dia tak ikut sama. Masa sekali kat private tu baby takmo show off, dia kepit kaki, Dan previous 1 di KKPJ doktor tu tak tau tengok, siap suggest gi private untuk tengok gender. Pastu cakap maybe girl. Hahaha. Langsung aku tak percaya doktor lelaki tu. Doktor hari ni pun tak berani nak cakap apa-apa sebab baby kepit kaki dia sekali lagi. Hihihi. Dr. Isnani tu cakap ikut instict ibu lah. Ibu rasa baby apa. Dulu Ibu rasa baby girl tapi 1st time scan nak tengok gender, baby kepit kaki, 2nd time baby tunjuk tapi cuma doktor jer yang tau, aku memang tak lah paham nak tengok burger ke sosej ke, kalo Encik Suami ada, dia tau nak tengok. Dan yang ke-3 awal bulan ni, doktor tak reti nak tengok. Hahahaha. So aku pun memang taktau boy ke girl. Takpe lah doktor, janji baby sihat sempurna jer.
Ok, dah siap scan, berat baby 2.3 kg dan progress baby bersamaan 34 minggu. Syukur. Tapi biasalah klinik kesihatan (gomen) kan tak print gambar. So takdelah gambarnya. Hehehe. Yang ada ni je lah.
Doktor cakap kan, doktor cakap, air ketuban agak kurang. Agak.. ok. 10 je katanya. 10 ml kot. Tak tanya plak air ketuban diukur dalam unit apa. Hehe. Tapi 10 tu dia cakap, ok lah untuk 34 minggu tapi apa yang ditakutkan bila dah 36 minggu ke atas nanti nombor tu makin berkurang. So nanti next scan diorang akan review lagi. Hmm...
Risau lah jugak dengar. Sape tak risau kan? Aku tanyalah camne nak atasi masalah ni. Taknak tau kenapa tapi biarlah tanya bagaimana nak atasi. Doktor cakap memang takde cara nak tambah air ketuban ni. Dia cuma cakap normal sebab bila dah selalu deliver air ketuban akan berkurangan sedikit pada next pregnancy tu. Oh, ok. Baru 4x, belum lagi 6 atau 10x. Huhuhu. Takpe nanti balik boleh gugel. Dan hasil daripada gugel adalah seperti di bawah.
Apakah Air Ketuban?
Air ketuban ni satu cecair yang dikenali sebagai cecair amnion. Ia ujud kira-kira 12 hari selepas persenyawaan. Kagumnya dengan kuasaNya. Awal sungguh air ketuban ujud sebagai persediaan untuk menempatkan seorang manusia di dalamnya.
Selepas 20 minggu kandungan iaitu dalam masa lebih kurang usia kandungan lima bulan, air ketuban dihasilkan dari air kencing bayi. Ini kerana pada masa trimester kedua ini, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya balik sebagai air kencing untuk bantu mengekalkan jumlah isipadu air ketuban.Jumlah air ketuban menjadi maksima pada usia kehamilan 34 minggu iaitu kira-kira 800ml.
Apakah Fungsi Air Ketuban?
- Untuk melindungi bayi dari hentakan yang mungkin berlaku. Ibarat macam kusyen yang menyerap sebarang hentakan atau trauma yang mungkin terjadi.
- Mengekalkan suhu persekitaran supaya bayi tidak mengalami kehilangan haba.
- Membantu dalam perkembangan paru-paru dan sistem penghadaman bayi.
- Membantu perkembangan otot dan tulang bayi kerana bayi boleh bergerak dalam air ketuban tersebut. Ia juga bagi ruang pada tali pusat daripada terhimpit.
Ada Apa Dalam Air Ketuban
Air ketuban terdiri dari 98% air dan 2% terdiri dari zat-zat organik, lemak (yang menutupi bayi baru lahir) dan protein. Kualiti air ketuban amat mempengaruhi pertumbuhan janin. Air ketuban yang tidak keruh menjamin kecukupan zat dan nutrisi untuk bayi.
Bertambah atau berkurangnya air ketuban dari yang sepatutnta akan memberi komplikasi pada bayi atau ibu. Jadi air ketuban yang terlalu sedikit atau terlalu banyak perlu diberi perhatian untuk mengelakkan sebarang kesan yang tidak diingini.
Di usia kehamilan 25-26 minggu, isipadu air ketuban adalah sebanyak 239ml. Ia menjadi 984ml pada kandungan menghampiri 33-34 minggu dan mulai menurun pada akhir usia kandungan iaitu sebanyak 836ml.
Masalah Air Ketuban Terlalu Sedikit
Adakah anda mengalami masalah ini sekarang? MJ pernah ada kawan yang menghadapi masalah air ketuban kurang ni. Kesian beliau terpaksa warded dan juga terpaksa bercuti dari bekerja kerana memerlukan pantauan dari doktor di hospital.
Maknanya ia bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Masalah air ketuban terlalu sedikit ini disebabkan bayi menelan tetapi kurang mengeluarkan air kencing. Ia dikenali sebagai oligohydramnion.
Apakah Penyebab Air Ketuban Kurang?
Banyak sebabnya antaranya adalah:
- Masalah pada sistem saluran kencing atau buah pinggang. Kemungkinan ada masalah pada buah pinggang bayi atau kemungkinan tiada buah pinggang langsung.
- Air ketuban bocor dan ia tidak disedari. Masalah ini boleh menyebabkan jangkitan kuman.
- Uri yang bermasalah. Jika uri tidak dapat bekalkan nutrien yang cukup pada bayi, ada kemungkinan bayi tidak mengeluarkan air kencing yang mencukupi.
- Kehamilan yang melebihi tempoh 42 minggu berisiko untuk mendapat air ketuban yang kurang.
- Masalah kesihatan ibu sendiri seperti ibu ada masalah darah tinggi atau diabetis.
Masalah Yang Timbul Akibat Air Ketuban Kurang
- Berkemungkinan bayi akan lemas kerana masalah tali pusat terhimpit. Aliran darah dan oksigen akan terganggu.
- Pembesaran bayi menjadi terhad kerana ruang yang sempit dan tidak mencukupi.
- Meiningkatkan risiko kelahiran pramatang.
Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Air Ketuban Kurang?
Ibu yang hadapi masalah ini mesti risau kan apatah lagi mengenangkan bayi dalam kandungan. Bimbangkan keselamatan bayi kerana kita tidak nampak apa perkembangannya apatah lagi di dalam perut.
Berhubunglah dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut dan pelbagai rawatan boleh dilakukan oleh doktor yang bertauliah seperti memberi ubat ubatan dan sebagainya.
Bagaimana Saya Nak Tahu Ada Masalah Ini Atau Tidak?
Ibu-ibu boleh berjumpa dengan doktor dan membuat ujian ultrasound untuk mengetahuinya. Jika mengesyaki ada masalah kebocoran ketuban dan sebagainya segera berjumpa pakar.
Kredit to: Permata Hatiku
Dalam blog ni ada pulak dia nyatakan penyebab kekurangan air ketuban ni. Tapi sumbernya takde pulak dia nyatakan. Takpe, aku ikut je cakap doktor, mungkin dia nak sedapkan hati aku ke, takpelah. Tapi dari pembacaan blog ke blog yang ada masalah macam ni selalunya bed rest jer untuk monitor air ketuban bertambah ke makin berkurang. Takpe. Kita doa banyak-banyak. Positif, positif. Dulu masa pregnant Imran pun doktor detect perkembangan baby tak selari dengan pertambahan minggu. Doktor cakap kepala baby kecik, tapi alhamdulillah bila semakin dekat hari nak melahirkan normal jer scan. Semoga dipermudahkan urusan ke-4 ni. Amin
Bila dah baca penyebab tu, macam menyesal plak beli breakfast McD tadi. Hihihi. Ooops..