Sekarang bukannya saya takde kerja. Ada. Tapi kelas dah takde lah, hanya buat kerja-kerja pengurusan sekarang. Hari ni mood nak buat kerja memang ke lautan dalam. Entahlah. Masuk jer bilik ai yang terperuk paling hujung ni, terus terbukak hati nak isi e-Filing. So setel bab e-Filing. Rajin jugak kan? Ala.. bukan susah pun, print jer e-penyata kemudian kelentong sana kelentong sini jer lah. Masih lagi cukai terlebih bayar. Tapi dalam payslip ada jugak potongna PCB. Malas nak ambik tau. Pelik, kata terlebih bayar tapi masih ada potongan. Apapun, memang tak paham bab-bab ni. Bukan nak aniaya diri sendiri, tapi memang malas nak faham. Ok titik.
Sekarang, kerja saya asik update page jer. Isnin lah paling sibuk. Bukan page sendiri, page Kolej tau. Dulu memang ini antara tugas saya lah. Tapi semenjak 2 menjak dah tak pegang post 'tu' lagi terus ler pencen sekejap. Pernah gak cuba nak update tapi memang takde 'kuasa'. Pastu tetiba bila tampuk pemerintahan bertukar, tugas tu disepak balik ke ai. 2 orang pegawai selepas ai tak buat kerja-kerja mengupdate ni kot. So sekarang memang tugasnya menghapdet jer lah. Tak susah pun nak menghapdet ni tapi macam sekarang lah bila mood ke Lautan Pasifik, memang 1 status pun nak tertaip di sana. Di sini, banyak pulak. Hahahaha.
Sekarang tengah fikir nak buat proposal research. Tajuk dah ada cuma takde action. Yang dibuat pun action research jugak. Mati ler ai. Malas ni bukannya boleh ditawar-tawar. Tapi kalo rajin tu datang, rasa taknak balik umah pun ada. Apa nak jadi dengan research akak ni. Apuu... insya Allah, last minit nanti mesti boleh. Last minit? Last minit pun last minit lah. Maleh nak fikir..
Sekarang... haaa... sekarang gatal ni menjadi-jadi jer tumbuh di badan. Kekadang malas nak ubat. Tapi bila dah tak diubat, digarunya pulak. Makin lah membunga-bunga di badan. Hmm... rasa macam terseksa pun ada jugak. Tapi ye lah, dah takdir. Takdir? Takdir ke? Entah lah.
Sekarang, baiklah ai jadi macam ini budak. Bestnya tak fikir apa-apa pun pasal hidup, pasal GST, pasal bil Astro, pasal menu makan malam ni, pasal esok nak pakai baju apa. Pasal pasal pasal. Best kan jadi budak. Semua kita yang uruskan. Hmm...
Masa ni sebelum dia pergi taska. Pergi bekfes dengan Ayah sekejap. Baju Superman tapi pakai topeng Power Rangers. Pastu order teh o peng, bukak topeng sikit. Gelak jer orang kedai dengan telatah si Superman ni. Itulah Irfan Mustaqim.
Sekarang rindu pulak dengan budak-budak 3 orang tu.