Cantiknya gelang you!


Alkisah semalam saya ke Bank Rimau. Bukak akaun untuk kelab kitorang. So prosedur nak bukak akaun tu ada verification Mycard dan cap jari. Bila Amoi staf Bank Rimau tu panggil kami pun pergilah ke kaunter. Tiba giliran saya.

Amoi: Eh, cantiknya gelang you. Mesti mahal.
Saya: Hehehe. (Blur.. tetiba jek)
Amoi: Betulllah. Cantik. Mahal you beli kan?
Saya: Err.. biasa jek. Kalau tangan you kecik murah lah jadinya.
Amoi: Eh, mana ada. Mesti mahal jugak ni. Saya ada tengok ini macam. Husband saya beli 1 set untuk saya masa harga emas drop hari tu. Tapi tak pakai. Sayang beli mahal-mahal.
Saya: Hehehe

Lepas tu terus scan ibu jari dan berjaya. Tutup cerita Amoi dan emasnya.

Emas ni, pendapat saya lah, bukan lambang kemewahan. Tapi sebagai pelaburan dan saving jugak. Manalah tau kot-kot satu masa nanti bila tiba saat-saat terdesak kita takde cash banyak, tapi nak perlu pakai. Boleh lah jugak cover-cover time tu. Sebab tu kalo ada rezeki saya prefer beli gelang emas. Kalo cincin saya tak suka pakai. Even cincin kahwin pun jarang pakai. Dan saya prefer cincin emas kuning tu daripada emas putih. Emas putih memang mahal tapi nanti nak jual balik takde harga. Dan rupa pun lebih kurang macam silver jer.

Sekarang pulak dah jadi trend berdinar, berdirham untuk beli dan simpan untuk simpanan. Ada ler jugak beli satu 2 jongkong untuk anak tapi tak banyak lagilah. Insya Allah lepas ni nak simpang emas jongkong pulak untuk saving anak-anak. Kalau simpanan macam ni memang susah nak dicairkan. Lagi selamat maksudnya. Hehehe.

Eh, gelang dalam gambar tu sekadar hiasan. Culik dari Google jer. Hehehe.



Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form