Tahukah anda khasiat 4 keping tempe bersamaan dengan segelas susu?

Kita jamu dengan gambar dulu lah ye. Hehehe.

Tempe saya masak

Haaa... tempe lah. Apa lagi. Makanan orang jowo yang dah jadi lauk 1 Malaysia. Melayu, Cina, India, Iban, Kenyah, Penan semua pun makan tempe. Sumber protein TeRRrrrrmurah.

Ini fakta tau bukan auta. UKM pun dah buat kajian pasal tempe ni. Tak caye baca nih:

KUALA LUMPUR 14 Jun - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya membuktikan bahawa tempe mengandungi khasiat kalsium setanding susu.

Timbalan Dekan dan Profesor Pemakanan Dietetik UKM, Dr. Suzana Shahar berkata, penemuan tersebut diperolehi hasil daripada kajian yang dijalankan bagi mengenalpasti mengapa jangka hayat golongan wanita melebihi lelaki.

Walaupun umur lebih panjang katanya, majoriti wanita berusia 50 tahun ke atas di negara ini sering menghadapi masalah tulang reput.

“Untuk mencegah lebih ramai golongan wanita menghadapi masalah ini, pihak kami telah membuat satu kajian terhadap tempe.

“Hasil kajian mendapati tempe jika diambil pada kadar 130 miligram (empat keping) memberi khasiat setanding susu segelas,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di Fakulti Sains Kesihatan UKM di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kan? Kan? Takde idea nak masak apa malam ni? Haa..  balik keja nanti pi la beli tempe. Goreng garing kemudian masak sambal. Perghh.. ratah jer pun sodap!!! Kakmim dah masak sambal tempe minggu lepas. Ni gambar minggu lepas lah ni. Hihihi.


Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form