Hmm... hari ni dah 24.12.2014.
3 hari telah berlalu.
Namun kehangatan Majlis Balo Kito 2014 masih terasa.
Gambar-gambar semasa majlis berlangsung masih menjadi viral di laman sosial dan juga di grup Whatsapp Balo Kito dan Dangsanak.
Ternyata majlis ini telah meninggalkan kenangan manis bagi semua keluarga Balo Kito dari Kampung Lingga, Sri Aman, Sarawak Bumi Kenyalang dan Dangsanak dari Kampung Burong Pingai, Brunei Darussalam.
Bah, kita menjamu mata dulu.
|
Utusan Borneo, 23.12.2014 |
|
|
|
Borneo Post, 23.12.2014 |
|
Alhamdulillah.. majlis Pertemuan Jejak Kaseh Balo Kito & Dangsanak Pureh Burong Pingai telah dilaksanakan dengan jayanya pada 21.12.2014 di Kompleks Belia dan Sukan, Kuching. Gambar di atas adalah Dangsanak seramai 132 orang yang telah membanjiri bandaraya Kuching selama 4 hari 3 malam. Mereka datang ke Kuching menggunakan jalan darat dan jalan udara. Syukur semuanya telah dipermudahkan.
|
Orang-orang kuat |
Yup. Majlis ini tidak akan berjaya tanpa AJK Pelaksana yang berhempas-pulas siang dan malam untuk menjadikan majlis ini sempurna. Memang.. majlis ini belum mencapai tahap sempurna 100% tetapi ianya sangat membanggakan. Dan semakin bangga kerana Kakmim juga sebahagian daripadanya. Semuanya terasa berbaloi bila melihat wajah-wajah tua gembira pada malam tersebut.
|
Tag urusetia |
|
Plaque cenderahati dan plaque penghargaan generasi tertua Balo Kito & Dangsanak |
|
|
Pentas |
Dengan bangganya, persiapan pentas telah dilakukan kami adik-beradik #mfbn dan kazen-mazen #TheASAZ dan tidak lupa my dear hubby. Hehehe. Semuanya kami, daripada backdrop, deco scallop dan peralatan di atas pentas termasuk kain dan gong. Gong dan kain untuk deco dipinjam dari Kolej. Hihihi. Terima kasih Pengarah KKMG kerana tiada halangan meminjamkan kain dan gong untuk majlis kami ini.
|
Superman pun sibuk juga membantu. Hihihi |
|
|
|
Kami semua boleh. Chaiyok #mfbn |
|
DIY Guest Book dari kami the #mfbn |
|
|
Seperti biasa, kalo handle majlis selalu lupa bergamba. Kalo time kerja pun macam tu jugak. Memula ingatkan boleh bergambar 1 famili sebab semua dah pakai 'uniform' tapi at last lupa jugak. Hihihi.
|
Bersama mfbn #2 |
|
Gambar ikhsan hp orang |
|
Backstage ladies...pun ikhsan hp orang lain |
|
Dari meja VIP Balo Kito & Dangsanak |
|
Rombongan Dangsanak yang bertolak dari Brunei ke Kuching menggunakan bas |
|
|
|
Sempat jugak mengadakan golf persahabatan yang telah dimenangi oleh Balo Kito |
|
|
Di mana ada kemahuan, di situ jugak boleh bermain golf. |
|
Apapun, tahniah kepada semua ahli kelurga Balo Kito dan Dangsanak Pureh Burong Pingai di atas penganjuran reunion keluarga yang telah terpisah berabad-abad lamanya ini. Semoga silaturahim di antara 2 rumpun dari Kepulauan Borneo ini akan berkekalan.Amin.