Ini si kakak. Iman Madihah. Dah besar dah. Tahun ni dah 5 tahun. Dan for sure blog ni pun lebih 5 tahun dah. Hmmm....
Siapa yang follow blog ni, tau lah sejak bila blog ini wujud.
Kerana si kakak lah blog ini meriah. Dulu suka cerita pasal si kakak. Bila kakak dah ada adik, Ibu dah jarang cerita pasal si adik. Si kakak apatah lagi. Bila si kakak dah ada 2 orang adik, adik pulak dah jadi abang, makin lah Ibu membisu seribu bahasa. Sayangnya blog ni. Memanglah sekarang bukan zaman kegemilangan blog lagi, tapi nak tutup blog masih terasa masih ada cinta yang tersisa buat blog. Chewah. Lama tak mengasah bahasa. Asyik bahasa rasmi je. Dah lama tak membungakan bahasa. Rindunya zaman dulu-dulu. Zaman rajin mengupdate entri. Tapi itu dulu. Dulu zaman berdua, bertiga. Sekarang, berlima! Hah, hambek kau! Balik kerja memang takdan nak pegang lappy. Nak on PC lagilah. Kat ofis plak kalo tak banyak kerja baik akak gi tido. Penat tau. Hehehe. Sebab tu kena recharge, kalo tak maunya tertido sambil drive. Naya.
Kakak... terima kasih sebab kakak lah blog ini terisi. Ibu sayang kakak.