Update si Kakak

Bismillahirrahmanirrahim...

Er, dah lama tak mencoret sesuatu di sini. Agak sibuk di ofis. Di rumah jangan harap dapat nak update blog. Kalo on lappy pun kena buat kerja opis, yang urgent! Terasa masa macam tak cukup jer kat ofis sekarang. Tak tahulah kenapa. Mungkin perlu revise balik time management kot. Kerja banyak, masa macam tak cukup dan kerja jugak banyak tak siap. Alahai.. kalau macam ni memang tak dan nak sambung study. Eh? Ada niat rupanya. Mestilah kan? Siapa yang tak nak memajukan diri.

Walaupun sibuk, Shaklee tetap Shaklee. Jalan jugak. Motivasi tu... nak memajukan diri jugak. Heh heh. Alhamdulillah, tak sangka Shaklee boleh menjana pendapatan sampingan. Ingat nak guna sendiri-sendiri jer. Tapi, alhamdulillah. Tu jer saya mampu cakap.

Anak-anak? Alhamdulillah. Perkembangan sihat dan positif. Banyak sangat perkembangan mereka tak tercoret di sini. Kesian Irfan Mustaqim. Tak macam si kakak. Salu jer update dalam blog ni. In sha Allah nanti ada masa ada lah update tentang si Adik.

Si kakak dah makin ok ke sekolah. Janji jangan ada yang coba mengusik dia. Kalo ada yan gusik, jadi alasan lah tu taknak ke sekolah, takut. Iman.. Iman.. Masa hari Bapa hari tu, sibuk. Balik jer sekolah dia cakap dia ada buatkan topi untuk Ayah. Rupa-rupanya...


Bila Ayah pakai, "cantek Ayah pakei topi buat Iman". Banggalah tu. Hehehe. Sayangnya masa hari Ibu hari tu Iman ponteng sekolah sebab ikut Ibu travelling di Penang. Masa hari Ibu hari tu jugak sekolah diorang ada lawatan ke Taman Orkid. Dah terlepas dah. Nak buat macam mana kan?

Tak sabar lak rasanya nak tunggu konsert hujung tahun. Iman nak menari ke nak menyanyi ek? Iman suka sangat menyanyi, mungkin dia akan menyanyi kot. Sekarang lagu kegemaran ialah lagu Hafiz awan nano. Bahagiamu deritaku. Tapi kalo on CD dalam kereta, semua lagu pun dia akan nyanyi. Mungkin berbakat macam Ayah kot? Mungkin. Hehehe.


Dan, tak lupa jugak, si kecik milus heroku pun mesti ada jugak. Kecil-kecil si cili padi, olahannya memang menjadi. Hehehe.


1 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form