Mistis FIle: The Li Bloodline

The Li Bloodline

Written by Mistis Organization: Monday, April 6, 2009



13 Illuminati Bloodlines:


The Astor Bloodline

The Bundy Bloodline

The Collins Bloodline

The DuPont Bloodline

The Freeman Bloodline

The Kennedy Bloodline

The Li Bloodline

The Onassis Bloodline

The Reynolds bloodline

The Rockefeller Bloodline

The Rothschild Bloodline

The Russell Bloodline

The Van Duyn Bloodline



Ini adalah tulisan berkenaan Keluarga Li (sebenarnya Keluarga Li dieja sebagai Lee dalam sesetengah tempat seperti Hokkien,Teochew,Singapura dan sesetengah Cina Amerika).Menurut kajian ini,The Li Family adalah satu keluarga Cina yang terhormat, telah menyertai 'secret societies' tajaan The Hidden Hand.





THE LI BLOODLINE






Bagaimana Nama-nama Orang Cina dibentuk

Sesebuah nama Cina dibentuk dari nama keluarga (surname),yang mana ia ditulis dahulu dan kemudian barulah nama seseorang itu.Nama keluarga biasanya mengandungi satu karakter setiap satu,walaupun di sana ada pengecualian seperti Ouyong dan Situ.Terdapat lebih 6000 nama keluarga Cina untuk lebih kurang 1 billion penduduk Cina.Nama keluarga Cina yang kerap digunakan di negara-negara berbahasa Inggeris (Amerika,U.K dan Australia) adalah seperti Chan,Lin,Li,Wong,Huang,Mei,Yang,Chin dan Fong.Di Tanah Besar Cina, 5 keluarga Cina yang elit adalah Chen,Li,Zhang,He dan Huang.

Nama keluarga dalam tradisi Cina adalah lebih memberikan makna berbanding orang-orang Amerika.

Nama keluarga 'Li' adalah amat popular di China,mungkin tidak seperti nama Smith di Amerika tetapi mungkin seperti nama Brown.Seseorang Cina yang mempunyai nama keluarga yang sama dengan seseorang yang lain mempunyai kesetiaan yang tinggi berbanding orang lain yang tidak sama nama keluarganya.Contohnya,jika dua orang Cina mempunyai nama keluarga Li maka mereka dengan segera dapat berhubungan dengan baik walaupun sebelumnya mereka saling tidak mengenali.Walaupun mereka tidak mempunyai pertalian darah sekalipun jika ada di antara mereka berkahwin antara satu sama lain,ini boleh dikatakan sebagai sumbang mahram (incest) di China.Jika di Amerika dua orang bernama Brown bertemu,mereka tidak akan merasakan hubungan yang erat sebagaimana dua orang Li bertemu di China.Nama Li mempunyai sejarah yang panjang yang mana berbalik kepada orang tertentu seperti Maharaja Zhuanzhu iaitu dikatakan Li yang pertama dan hidup sebelum tahun 2000 Sebelum Masehi.Ini adalah menurut Xing Juan,kamus nama-nama keluarga Cina.Keluarga Li juga mempunyai sejarah lama dan berkaitan dengan banyak cerita.Ketika Dinasti Tang lebih kurang 15 nama keluarga berbeza telah diberi penghargaan kerana memiliki nama Li.Li Yuan adalah pengasas Dinasti Tang yang mana berlangsung dari 618 ke 906 Masehi.Anaknya yang memerintah selepas dia adalah Li Shimin.Ketika dinastinya,percetakan dan duit kertas telah diperkenalkan di China (adalah menarik bila mengetahui kaitan Li dengan pengenalan duit kertas-bandingkan dengan Yahudi Rothschild dan penguasaan sistem kewangannya).

Dalam sejarah moden,3 orang Li telah menonjol dipentas dunia:

*'Billionaire' dan pemerintah 'de facto' Hong Kong, Li Ka-Shing
*Pemerintah China 'Merah' Komunis, Li Peng
*Presiden dan diktator Singapura, Lee Kuan Yew

Masih lagi samar-samar adakah mereka ini adalah 'Li' yang saling berhubung.Namun mereka mempunyai 'surname' yang sama dan sudah tentu mereka mempunyai perkaitan serta berbangga dengannya.


Jika kesemua Li ini yang mana mengawal pelbagai negara saling berhubung,kita sedang membicarakan satu keluarga yang amat berkuasa di dunia.

Yang manakah sebahagian dari Illuminati?

Menurut kajian,Li Ka-Shing dan keluarga Li yang berkuasa di Hongkong adalah tidak diragukan sebahagian dari Illuminati.Ini tidak menghairankan apabila diketahui 'The Hidden Hand' gemar memburu orang-orang yang kaya,berpengaruh dan berkuasa di dunia untuk dijadikan hamba-hamba pencacainya.Walaupun masih samar-samar perkaitan antara mereka,namun ada sesuatu yang menarik yang merupakan petunjuk kepada 'secret societies' Cina dan Illuminati.




Sebagai pembuka cerita,mengapa Rockefellers dan Rothschilds mempunyai hubungan rapat antara Li China Merah?Mengapa Perdana Menteri Republik Rakyat China,Li Peng menemui Rockefellers dan para kapitalis yang lainnya ketika dia datang ke New York?Padahal Li Peng adalah komunis tegar yang bertentangan dengan kapitalis?Bukankah Komunis telah menamakan Kapitalis sebagai musuh ketatnya?Dan apabila kita menyaksikan orang-orang dalam Illuminati seperti Skull & Bones (ini kelompok rahsia George Bush) iaitu George Bush melayan dengan baik dan amat rapat,padahal Li Peng baru sahaja menaikkan kemarahan Barat dengan Peristiwa Tiannamen?Ini adalah amat misteri dan sesuatu yang menarik untuk disingkap.Sebenarnya telah diketahui oleh pengkaji konspirasi dunia bahawa China Komunis sememangnya bekerja untuk New World Order?Aneh?Tidak,kerana fahaman komunis sebenarnya adalah rumusan idea 'The Hidden Hand' untuk memporak porandakan dunia,supaya sistem 'Ordo Ab Chao' dan Divide & Rule nya berjalan lancar.Kitab komunis 'Das Kapital' adalah sarat dengan perancangan Illuminati dan Freemason untuk mengelirukan manusia.Ia ibarat Protocols of The Learned Elders of Zion baru untuk memisahkan dunia kepada Blok Barat dan Blok Komunis.Hasilnya,mereka berjaya memecahkan bangsa Korea sehingga ke hari ini serta Vietnam dan Jerman buat sementara.Amat penting untk mengawal negara yang padat penduduknya seperti China dan Russia dengan satu fahaman ekstrem seperti komunis.Apabila mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi,kemiskinan adalah sesuatu yang sukar dielakkan.Maka konsep Komunis yang memiliknegarakan ekonomi seolah-olah sesuatu yang bagus untuk kesejahteraan rakyat China dan Russia.Tetapi yang diselindungkan adalah beribu-ribu rakyat kedua-dua negara mati akibat menentang sistem 'The Hidden Hand' ini.Hakikatnya China dan Russia masih diperintah oleh Illuminati melalui boneka-bonekanya.Di manakah Maharaja China yang gagah dan hebat dahulu?Negara-negara naungan,sahabat mahupun seterunyanya yang lebih kecil seperti Kesultanan Melayu,bangsawan Thai dan bangsawan Jepun masih mengekalkan keturunan dirajanya.Adakah kita mendengar keturunan bangsawan China contohnya Maharaja Shih Huang Ti disebut-sebut dalam berita perdana pada hari ini?

Tiada.

Yang tinggal adalah Forbidden City sahaja tanpa Maharaja dan keluarganya.Keturunan Maharaja China telah lama pupus oleh talibarut Illuminati iaitu komunis yang menghapuskan sistem monarki yang dibangga-banggakan orang Cina sejak beribu tahun dahulu.Hanya satu jalan sahaja semua ini dapat dilaksanakan oleh Illuminati adalah melalui hubungan mereka dengan Keluarga Li yang bekerja untuk NWO.


Siapakah yang membunuh Maharaja China dan menghapuskan sistem monarki yang berjalan sejak beribu tahun dahulu dengan dinasti-dinasti agung China memerintah dan menyatukan China?Sejak Maharaja China tahu taktik Barat ingin menguasai jajahan-jajahan China yang luas itu,beliau tetap menolak segala helah Barat untuk masuk ke dalam pentadbiran China.Hasilnya ialah siri Perang Candu yang mengaibkan bangsa Cina.Siapa kata hanya Melayu sahaja tertipu dengan perjanjian berat sebelah kuasa barat?Taktik Illuminati di China berbeza dengan taktiknya di Kepulauan Melayu,mereka menyeludup candu dalam jumlah yang banyak untuk melekakan orang-orang Cina.Sila lihat siri Once Upon a Time in China yang menceritakan taktik Barat memberikan dadah kepada rakyat Cina.Tentang talibarut-talibarut Barat yang rakus ingin membunuh Maharaja China.Apabila orang-orang Cina sudah leka dengan segala kekayaan dan hiburan yang dibawa oleh Barat,maka rasa hormat dan sayang kepada maharaja mereka sudah hilang.Padahal itulah simbol keagungan bangsa China dan tradisi yang amat lama yang sepatutnya dipertahankan sepertimana orang-orang Melayu yang amat sayang kepada raja-raja mereka walaupun 1001 cara Barat untuk merendah-rendahkan setidak-tidaknya, walaupun hajat besar mereka ialah menghapuskan terus raja-raja Melayu sepertimana mereka berjaya menghapuskan Maharaja China.


Siapa yang membaca biografi Puyi iaitu Maharaja terakhir China,sudah tentu amat sedih dengan perlakuan dan biadab sesetengah talibarut Illuminati Cina yang tidak menunjukkan rasa hormat langsung terhadap maharaja mereka.Terutama ketika Revolusi Budaya oleh Mao Zedong menyaksikan Puyi menjadi sasaran mudah provokasi oleh Red Guard,satu militan muda Cina komunis.Ketika itulah Maharaja Puyi yang telah dilucutkan taraf maharajanya menghadapi tekanan demi tekanan hidup yang amat hebat,malu dan maruah yang tercalar,pernah ditangkap oleh kerajaan Rusia,kerajaan asing yang memenjarakannya dan diburu oleh revolusi komunis yang dimulakan oleh Dr. Sun Yat Sen.Maharaja China yang dahulunya gagah dan hebat menjadi hina dan terbuang di negara sendiri.



Sungguh beruntung raja-raja Melayu yang masih disayang-sayang oleh orang Melayu yang gigih mempertahankan warisannya sehingga ke hari ini walaupun pihak Illuminati mengupah bermacam-macam talibarut,menggunakan 1001 cara serta membuat pelbagai perjanjian berat sebelah untuk menghapuskan intitusi kesultanan Melayu tetapi orang Melayu masih degil memegang erat takhta raja mereka dan raja-raja Melayu juga bagaikan melekat kukuh di atas takhta walaupun anjing British paling hebat,Harold MacMicheal dikirim ratu England,berusaha menarik,menyepak dan menunjal-nunjal sultan-sultan Melayu supaya meninggalkan takhta namun usahanya sia-sia.Kesultanan Melayu masih gagah dan tidak hilang dari peta dunia walaupun diasak oleh kuasa imperialis yang hebat.Tidaklah dapat dibandingkan dengan raja Thai kerana raja Thai tidaklah menerima dugaan yang hebat sepertimana yang diterima oleh raja-raja Melayu.Mungkin kejayaan terbesar pihak Barat ialah menjadikan negeri Melaka tiada bersultan sehingga hari ini tetapi warisannya masih ada di Perak dan Johor.

Rakyat Cina yang berbilion lebih banyak dari orang Melayu di Tanah Melayu nampaknya tidak dapat mempertahankan seorang maharaja mereka.Ini yang menyebabkan seorang Li dihantar ke Kepulauan Melayu untuk mengawasi sultan-sultan Melayu.

Mengapa?

KERANA SALASILAH AHLI BAIT TELAH MENGALIR KE DARAH KETURUNAN SULTAN-SULTAN MELAYU.

Sistem monarki adalah penghalang sebahagian plan 'The Hidden Hand'.

Sebab itu sistem monarki di China dihapuskan dan diganti dengan sistem komunis.Kesultanan Melayu tidak terhapus tetapi berjaya dikurangkan.Siapa Lord Reid?Seorang Freemason yang tidak akan melepaskan kemerdekaan Tanah Melayu kecuali undang-undang Islam tidak terlaksana di bumi Melayu.Siapakah Maharaja China?Sebenarnya maharaja-maharaja China rata-ratanya adalah sahabat baik negeri-negeri Melayu.Maharaja China juga menyambut baik utusan nabi,Saad Abi Waqqas dalam mengembangkan Islam sehingga sahabat nabi itu meninggal di China.

Cuba jawab soalan ini,mengapa empayar China yang besar itu tidak mengusik pun negeri-negeri Melayu?Mungkin bukan sukar untuk askar-askar China yang ramai itu menakluk kerajaan-kerajaan Melayu yang terpecah-pecah itu.Mengapa?Adakah Maharaja China gerun dengan negeri-negeri Melayu?Apa rahsianya?INI ADALAH MISTERI TERBESAR DALAM HUBUNGAN KLASIK ANTARA BANGSA MELAYU DAN BANGSA CINA.
Padahal raja Chola dari India bersusah payah berusaha menakluk negeri-negeri Melayu manakala tentera Monggol telah berjaya sampai di Jawa dan menjatuhkan kerajaan Singhasari di sana, sebelum dikhianati oleh rakan kongsi mereka dari kalangan orang Jawa yang sebenarnya mempergunakan kuasa Monggol untuk memusnahkan musuhnya dan selepas menghalau Monggol keluar dari Jawa,lahirlah Majapahit.

APAKAH RAHSIA DI ANTARA BANGSA MELAYU DAN BANGSA CINA SEJAK BERIBU-RIBU TAHUN DAHULU?
MENGAPA DALAM SEJARAH HUBUNGAN KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU DAN EMPAYAR CHINA,TIADA PUN PENCEROBOHAN ATAU PENAKLUKAN DARI EMPAYAR CHINA KE ATAS NEGERI-NEGERI MELAYU?

Rahsianya ialah, sebenarnya Empayar China dan kerajaan Melayu purba mempunyai hubungan diplomatik yang sangat erat,BANGSA CINA DAN BANGSA MELAYU PADA ZAMAN DAHULU ADALAH BERSAHABAT BAIK DAN TOLONG-MENOLONG.

Tetapi terdapat satu rahsia lain yang melibatkan hubungan terahsia antara keturunan maharaja China dan orang-orang Melayu.

Jadi mengapa pada hari ini terdapat orang-orang Cina yang bersifat terlampau perkauman dan rasis serta tebal sikap kauvinis Cinanya?Mengapa Cina Singapura bekerjasama dengan Zionis untuk mengawal pergerakan Melayu-Islam di Kepulauan Melayu?

Jika dahulu Maharaja China selalu membantu negeri-negeri Melayu dalam perdagangan dan hubungan diplomatik dan pernah bersetuju menaungi negeri-negeri Melayu dari ancaman musuh (ketika itu boleh diibaratkan China adalah kuasa besar di sebelah Timur manakala Rom dan Parsi di sebelah barat) mengapa ada sesetengah pemimpin-pemimpin Cina pada hari ini benci malah ingin menghapuskan kuasa politik orang-orang Melayu terhadap tanah airnya sendiri?


Sesungguhnya ketika The Last Emperor,Maharaja Puyi menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1967 di Beijing,orang-orang Melayu telah kehilangan salah satu sahabat baik mereka.Yang tinggal selepas itu adalah pemimpin-pemimpin Komunis Cina yang kejam dan dirasuk racun Illuminati penyembah Iblis.

Mengapa orang-orang Cina pada hari ini sebahagian dari mereka menjadi musuh dalam selimut kepada orang-orang Melayu?

ORANG-ORANG CINA YANG MENJADI MUSUH MELAYU ADALAH CINA KOMUNIS DAN CINA ZIONIS.Bukannya Cina Konfusius atau Tao atau yang mengamalkan ajaran-ajaran Buddha.

Masih ada orang-orang Cina Buddha yang berpegang teguh pada ajaran Konfusius dan Tao yang tidak mahu bersikap rasis terhadap orang Melayu.

Cina Komunislah yang diajar tentang sifat kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh Illuminati-Zionis supaya menghapuskan orang-orang Melayu ketika Tanah Melayu kosong dari pemerintahan pusat selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu dan British belum tiba lagi ketika itu.Mengapa secara tiba-tiba Parti Komunis Malaya beria-ria untuk memerintah Malaya dan kelam kabut melakukan huru hara melalui militannya yang dikenali sebagai tentera Bintang Tiga?

Di Kota Singa,berdiamlah Maharaja China Illuminati yang baru!







-------------------------------------------------


The Li Bloodline Part II




*Hubungan Keluarga Li dengan Illuminati
*Kuasa Li di China,Hong Kong dan Singapura
*Kerjasama Keluarga Li dengan The Hidden Hand
*Hubungan Zionis dan Komunis
*Kaitan Komunis dengan Li
*Siapa anjing Yahudi dari kalangan bangsa Cina?
*Kacukan Cina-Yahudi
*Komuniti Yahudi di Kaifeng
*Israel dan Singapura
*Dajjal AntiChrist,Imam Mahadi,Keturunan Rasulullah s.a.w dan sultan-sultan Melayu
*Mossad di Singapura
*Talibarut Singapura dan anjing Israel di kalangan Melayu
*Chinese Secret Societies






akan datang!!

------------------------------------------------------------------


REMEMBER1511 said...
Teruskan membongkar saudara M.O. , may Allah be with you....

Kalau boleh, bongkarkan juga tentang gerakan2 illuminati islam yang sedang menular di negara2 seperti Turkey dan di sekitar tanah arab sana termasuk lah di negara kita sendiri!!lihat saja elite2 kita yang "bent nose" tu!!!....kalau di Turkey, orang2 seperti Fethullah Gullen, Harun Yahya(ni banyak betul buku2 beliau ni di pasaran, ada buku tentang freemasonry beliau tetapi beliau hanya membongkar setakat freemasons dan knights templar saja dan tiada langsung mengaitkan nya dengan JESUITS...sama la macam geng2 David Icke,Alex Jones,Matthias Chang(ni orang M'sia ni! dan etc...),Abdullah Aymaz dan ramai lagi.....ada pulak muslim di Middle East tu yang terima knights of the order of constantine pulak tu, Order ni ada kaitan dengan perang salib dan JERUSALEM ni!!!

Ketika ni, Middle East ni under si King Juan Carlos of Spain yang juga dikenali sebagai "King of Jerusalem" di kalangan elite2 yang non ordinary freemasons, yang di P2 tu ada juga la dengar2 sikit tentang ni....King Carlos ni memang seorang high level Knights of Malta, sempat juga beliau jumpa dan bersalam dengan si bekas Jesuits General tu Hans Kolvenbach, bukan calang2 orang boleh jumpa dengan Black Pope tu, President USA pun tak boleh jumpa dengan beliau, hanya setakat Pope baju putih tu saja....itu tanda nya seseorang tu berada dalam level2 scapegoat dan badut sama macam pemimpin2 United Nation, Bilderberg dan macam2 lagi Union!! Oh ya, King Juan Carlos pernah datang M'sia dulu....Yahudi Zionist aka. mind control slave tu semua kecut perut dengan orang ni!!!

kebanyakan yahudi khazar tu semua hanya nak balik kampung mereka di Khazaria central Asia tu, tu lah senang2 saja kerajaan Russia tu dapat tanah khas di Israel tu sebab Russia berjanji akan serah balik tanah di Khazaria tu by hook or by crook....

Sekali lagi, saya nak ucapkan tahniah kepada M.O. sebab berani membongkar perkara2 yang jarang di perbincangkan di negara kita ni...all the best.
April 9, 2009 at 8:42 AM


M.O said...
1511, mengapa anda tukar nickname?

Kami suka nickname anda yang dulu :>

Kami ingin bertanya pendapat anda tentang ahli P2 Lodge,Leo Zagami yang dikatakan pernah insaf dan memasuki Islam tetapi murtad kembali ke Kristian sebab kecewa dengan isterinya yang meninggalkannya (padahal dia seorang Islam)dan keadaan sekeliling yang menekan.Apa kaitan Fethullah Gullen dengan Zagami?Ada konspirasi di situ...

Haha...ini tugasan untuk jiggers bertahap rainbowstar.


-M.O
April 9, 2009 at 10:22 AM


REMEMBER1511 said...
Sesuatu telah berlaku kepada Leo Zagami, beliau bukan lagi Leo yang kita selalu nampak semasa beliau seorang muslim, masa beliau kena lokap di Norway tu i believe beliau dah kena brainwashed, instant trauma based programming....saudara pun arif juga tentang mind control ni kan seperti yang saudara paparkan di article2 saudara yang lalu, kebiasaan nya keluarga2 satanic ni secara tradisinya memang hidup dan membesar dengan mind control programming, seperti cerita Cathy O Brien tentang zaman kanak-kanak nya tu la...

Leo dah kena mind control semula, someone make him to be what he becomes today...

baru2 ni beliau dikurung lagi somewhere around Rome,Italy...kali ni beliau semakin gila, dah isytihar beliau JESUS CHRIST pulak dan Prophet of MATRIXISM!! agama Matrixism akan jadi agama rasmi NEW WORLD ORDER kata nya...memang dah gila, tetapi dalam gila2 tu ada beberapa perkara yang berguna juga la,apa pun agenda gila mereka tu ONE WORLD RELIGION memang akan dilaksanakan yang akhir nya diketuai raja fitnah dunia yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. di masa depan, 2012-2019 adalah tempoh TRIBULATION(mereka akan usahakan benda ni untuk buat manusia percaya dengan prophecies tu semua,ini lah yang membeza kan Al-Quran dan bible alchemical tu, bible terlalu banyak prophecies tetapi Al-Quran hanya memberitahu kita sedikit sahaja....pihak Evil Hands tu siap dengan Project Magedo lagi, macam filem pulak!!) yang macam dalam bible yang ditulis secara alchemically dan satanically inspired tu oleh tangan2 kotor selepas zaman Nabi Isa a.s ...

tahun ni mereka nak tayang pulak filem propaganda yang nak buat illuminati tu sebagai hero, "Angels and Demons" tajuk filem tu...Leo Zagami tu dah tak betul la, lepas ni mungkin banyak lagi Truthsayers akan jadi macam beliau...INTERNET 2 akan diperkenalkan satu hari nanti,anak2 si Rockfeller tu dah bagi hint dah tentang ni, maybe akan ada satu kejadian total internet shutdown untuk beberapa ketika, create problem - react - take action ......

Fethullah Gullen menggunakan ajaran sufi(acuan beliau sendiri atau versi beliau...) sebagai senjata dan umpan untuk membawa ISLAM ke arah mesra VATICAN!!Fatma Suslu(isteri Leo) dan abang2 nya memang pengikut si Gullen ni dan Abdullah Aymaz!Tayep Erdogan tu memang berada dalam circle ni juga laaaa dan menteri luar nya tu secara sembunyi2!!! ....,Pertemuan Fethullah Gulen dengan pope baju putih tu di atur oleh seorang high level mason di Italy sana, Gabriel Mandel Khan!! Fethullah Gullen ada gerakan ala freemasonry beliau sendiri di Turkey, begitu juga dengan penulis buku2 dakwah antarabangsa seperti Harun Yahya, Harun Yahya kalau tak silap dah kena penjara buat masa ni (correct me if i'm wrong about this...)usaha Inter-religious dialogue tu diketuai oleh Fr. Thomas Michel SJ yang pernah ribut satu ketika dulu bergambar dengan si Leo Zagami, ini lah yang akan perangkap umat islam di satu masa kelak kalau tidak ditentang, berapa kerat saja intellectual islam yang menang berdebat dengan scholar christian, Ahmad Deedat dan beberapa saja yang betul2 berjaya...so dialog seperti ni tidak akan menguntungkan islam, Fr Thomas Michel ni kawan baik General Jesuits tu yang baru Adolfo Nicholas, beliau dipanggil balik oleh black pope ni untuk berkhidmat semula...

Berpada-pada lah dengan info2 si Leo tu, ada yang berguna dan banyak yang mungkin boleh diragu kan...JESUITS dah banyak taja dan groomed agent2 mereka untuk memesongkan orang islam, agent2 mereka ni boleh jadi disuruh menyamar sebagai islam dan belajar tentang islam! cuba lihat di Georgetown University tu tempat DSAI tu jadi lecturer tu, kawan nya tu John Esposito tulis buku tentang islam tetapi beliau masih catholic!!! ketika ni lah baru kita teringat tentang amaran Allah s.w.t. tentang golongan yang mengatakan tuhan ada anak tu dalam Surah Al-Kahfi tu yang juga disuruh kepada kita untuk membaca 10 ayat tu untuk mengelak dari fitnah dajjal, adakah ini Akhir zaman??? tidak lain tidak bukan JESUITS/VATICAN tu lah yang kita harus perhatikan sekarang...sebab tu lah Nabi Isa a.s. akan menghancurkan salib2 tu dulu dan selepas tu baru lah YAHUDI SEBENAR tunjuk belang nya yang sebenarnya, masa ni mereka masih dijerut leher mereka oleh JESUITS/VATICAN, kalau tak ikut, HOLOCAUST la sekali lagi atau ulangan macam zaman Spanish Inquisition tu dulu....
April 9, 2009 at 12:02 PM


M.O said...
1511,

Mengikut salah satu sumber kami,Leo Zagami dikatakan mempunyai agenda tersendiri untuk mengelirukan orang ramai.Dia berpura-pura masuk Islam untuk menghentam Islam dari dalam apabila murtad kelak.Ini taktik biasa Jesuit.

Apabila diketahui orang-orang Islam disekelilingnya adalah terdiri dari Islam Sekular dan Liberal maka kita dapat mengagak kerjasama mereka dengan The Hidden Hand.

1511,

Cuma maklumat kami berkenaan Harun Yahya agak bercanggah dengan pendirian sdr,mengapa anda mengatakan beliau adalah Freemason?Kami tidak menafikan mungkin beliau juga telah di brainwash semasa di penjara tetapi tulisan-tulisannya tentang Islam tidak boleh dicop freemason kesemuanya.Minta penjelasan lanjut.
April 9, 2009 at 11:46 PM
 Remember1511 said...
QUOTE;
M.O said...

1511,

Mengikut salah satu sumber kami,Leo Zagami dikatakan mempunyai agenda tersendiri untuk mengelirukan orang ramai.Dia berpura-pura masuk Islam untuk menghentam Islam dari dalam apabila murtad kelak.Ini taktik biasa Jesuit.

Apabila diketahui orang-orang Islam disekelilingnya adalah terdiri dari Islam Sekular dan Liberal maka kita dapat mengagak kerjasama mereka dengan The Hidden Hand.

1511,

Cuma maklumat kami berkenaan Harun Yahya agak bercanggah dengan pendirian sdr,mengapa anda mengatakan beliau adalah Freemason?Kami tidak menafikan mungkin beliau juga telah di brainwash semasa di penjara tetapi tulisan-tulisannya tentang Islam tidak boleh dicop freemason kesemuanya.Minta penjelasan lanjut.

April 9, 2009 11:46 PM
-------------------------------------

Ya, saya pun setuju dengan pandangan saudara tentang si Leo tu yang juga pada masa yang sama menjadi agent untuk merosak kan islam dari dalam dan juga nak grabbed penganut2 protestant pada masa yang sama , walau apa pun niat gila beliau tu, ada juga info2 beliau tu yang berguna...for me, Leo dah betul2 gila buat masa ni, dah keluar dah ciri2 MPD beliau tu....

Tentang Harun Yahya tu, sebab mengapa timbul keraguan terhadap beliau kerana dalam buku tentang freemasonry beliau tu, langsung dia tak kaitkan tentang JESUITS secara terang-terangan dan saya pasti beliau tahu sesuatu!!, Alex Jones pun macam tu jugak, David Icke pun macam tu jugak dulu...now they have to follow the flow la jugak tapi bukan semua info mereka nak keluarkan....Harun Yahya aka. Adnan Oktar pun masih lagi bermain dengan isu2 anti-zionist seperti kebanyakan pemimpin2 dan ulama2 islam seluruh dunia tanpa melibatkan atau melihat betul2 Organisasi yang paling organized dan ramai pengikut seluruh di dunia seperti Vatican/JESUITS!!! beliau kalau tak silap siap paparkan gambar2 Pope John Paul II tu mengucup Al-Quran lagi dan etc dalam website beliau tu dulu, so apa yang beliau nak sampaikan sebenarnya?? VATICAN itu kawan??? surah al-kahfi pun dah bagi amaran tentang golongan yang mengatakan tuhan ada anak ni....beliau pun pada pendapat saya, sama macam Fethullah Gullen, nak jaya kan islam acuan VATICAN dan keluarga2 elite satanic tu semua, ONE WORLD RELIGION...a Theosophical Religion + all the world religion!! mix vegetables....memang lah penentangan beliau tentang Darwinism tu amat tepat tetapi pada masa yang sama ada hidden agenda dan untuk menarik perhatian orang islam supaya menjadi pengikut beliau...cuba saudara lihat strategy David Icke dan etc di permulaan mereka menjadi penulis, mereka akan tulis apa yang orang nak dengar dan tak pernah dengar dahulu...it's the same pattern, maybe i'm wrong about this whole idea dan saya tidak harap saudara2 semua untuk menerima nya bulat2, saudara mungkin lebih betul dari pendapat saya ni, it's okay...

saya hormati pendapat saudara juga lah kerana ilmu dan info2 saudara pun bukan calang2 jugak hebat nya, saya suka perbezaan pendapat...kerana matlamat kita semua sama saja, apa pun hanya Allah mengetahui atas sesuatu apa pun....
April 10, 2009 at 3:09 AM
 M.O said...
1511,

Ok,begini saja

Tentang Harun Yahya,kami berpendapat beliau masih belum nampak lagi agendanya tetapi karya-karyanya tentang kebenaran Islam memang diakui.Mungkin beliau seorang freemason (walaupun karyanya menentang freemason) kalau mengikut pendapat sdr tetapi rancangan Allah s.w.t lebih licik lagi.Mungkin beliau mahu mengelirukan umat Islam tetapi nampaknya kebenaran Islam makin jelas menerusi karya-karyanya dan beribu-ribu orang di dunia mendapat faedah yang bukan sedikit dari karyanya.Jika ada niat lain,itu antara beliau dengan Penciptanya.
April 10, 2009 at 6:44 AM

REMEMBER1511 said...
M.O said...

1511,

Ok,begini saja

Tentang Harun Yahya,kami berpendapat beliau masih belum nampak lagi agendanya tetapi karya-karyanya tentang kebenaran Islam memang diakui.Mungkin beliau seorang freemason (walaupun karyanya menentang freemason) kalau mengikut pendapat sdr tetapi rancangan Allah s.w.t lebih licik lagi.Mungkin beliau mahu mengelirukan umat Islam tetapi nampaknya kebenaran Islam makin jelas menerusi karya-karyanya dan beribu-ribu orang di dunia mendapat faedah yang bukan sedikit dari karyanya.Jika ada niat lain,itu antara beliau dengan Penciptanya.

April 10, 2009 6:44 AM

---------------------------------

Setuju.....
April 10, 2009 at 7:50 AM



Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form