Jigsclue #002 : Anomalies
Written by Mistis Organization: Friday, November 28, 2008
Di kalangan orang-orang Barat umumnya penganut Kristian,ada di antara
mereka yang sedar akan keganjilan yang berlaku di sekeliling
mereka.Mereka mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan
institusi masyarakat,agama hingga kepada negara mereka.Mereka mula
mengkaji dari pengalaman mereka dan maklumat-maklumat yang
didapati.Mereka mula tercari-cari kebenaran dalam kegelapan.Dari sinilah
bermulanya apa yang dinamakan Teori Konspirasi.
Para pengkaji Barat ini adakalanya mendapat maklumat yang betul.Ini tidak dapat dinafikan kerana ia berkait rapat dengan pengalaman mereka,tempat tinggal mereka,budaya dan sejarah tamadun mereka.Tetapi amat malang sekali mereka tidak dapat mengetahui keseluruhan gambaran;mereka seolah-olah mencantumkan sebahagian jigsaw puzzles sahaja dan mula meneka-neka gambar sebenar.Dalam dunia realiti,mereka semakin memahami hubungan antara Freemason,Illuminati,Vatikan dan Jesuit serta Zionis dalam mencaturkan politik dan halatuju dunia sebagai contoh, tetapi mereka tidak tahu untuk lari dari bencana ini.
Ada di antara mereka mula bersikap tidak percaya kepada semua ideologi (akibat rasa putus asa terhadap hakikat yang sebenarnya) termasuk agama mereka sendiri yakni Kristian tambahan lagi Islam,semuanya dianggap pembohongan dan kuasa Iblis.Ada juga sesetengahnya mengkaji dan mengkaji sampai satu tahap hanya Islam sahaja yang benar,namun mereka seakan tidak percaya dan tidak dapat menerima hakikat akan kebenaran Islam seterusnya mula berusaha mencari-cari teori konspirasi lainnya untuk memasukkan Islam ke dalam koleksi teori konspirasi mereka.Walau bagaimanapun,mereka sebenarnya sedar akan keganjilan yang berlaku,namun masih tertanya-tanya di dalam kegelapan.
Kami namakan fenomena ini sebagai 'anomalies'.Fenomena ini merujuk kepada kesedaran orang kafir terhadap sebahagian kebenaran yang berlaku di sekeliling mereka.Ada sesuatu yang tidak kena.Tetapi apakah dia?Pelbagai istilah diberikan antaranya Awareness,New Age dan sebagainya.Tetapi oleh kerana mereka tidak bertemu dengan kebenaran Islam,maka mereka teraba-raba dalam kegelapan dan bila tersentuh lampu suluh berlabel Islam,cepat-cepat pula mereka mematikan suisnya;mereka lebih rela dalam kegelapan dari mengetahui cahaya kebenaran itu milik Islam yang amat dibenci mereka dan ajaran Muhammad yang dituduh mereka nabi palsu dan orang gila itu sebenarnya adalah benar belaka.
Kami di MistisFiles ingin mencari titik tengah antara 'anomalies' yang ditemui para pengkaji Barat dan kebenaran Islam yang mulia.Maksudnya,setiap kebenaran dari kajian mereka,kami akan cuba kaitkan dengan kebenaran Al-Quran dan Hadis Nabi.Tidak semua hasil kajian mereka salah belaka.Masih ada yang benar,mungkin masih terbungkus dengan pelbagai lapisan pembohongan (layer) seperti yang dijelaskan di dalam jigsclue kami sebelum ini.Kami akan rungkaikan,tapis dan bersihkan ia.Mana yang salah akan dibuang dan mana yang betul sahaja akan memberikan satu gambaran kepada semua atau sebahagian persoalan.
INI JIGSCLUE YANG KEDUA.SIMPAN IA BAIK-BAIK.
Tags
Mistis File