Sana-sini PRU13... fakta dan kenyataan

Nak share di FB tak dapat, share di sini je lah. Status daripada Dato' Prof Mohammad Agus Yusoff, seorang tokoh akademik Pasca PRU12.

Sepanjang hujung minggu dari hari Jumaat hingga ke saat ini, saya masih di lapangan (di selatan tanah air) memerhati gerak kerja setiap parti yang bertanding. Hasilnya, saya mendapati perkara berikut:

i. Emosi politik orang Melayu lebih rapuh dari bukan Melayu. Oleh sebab itulah perang poster cukup meriah di kawasan Melayu bertanding berbanding dengan
di kawasan bukan Melayu.

ii. Emosi pengundi miskin lebih mudah dieksploit berbanding dengan emosi pengundi berada. Sebab itulah bendera parti lebih banyak terdapat di kawasan penempatan pengundi miskin berbanding di kawasan penempatan orang kaya.

iii. Nilai dan budaya politik pengundi bandar dan luar bandar berbeza sekali. Ini boleh dilihat dari sikap pengundi luar bandar yang mudah tertarik dengan cash handouts berbanding dengan pengundi bandar yang lebih tertarik untuk berbincang mengenai isu-isu sejagat.

iv. Pola pengundian kali ini masih lagi dipengaruhi oleh garis perkauman. Ini dapat
dilihat dari sikap pengundi Cina yang lebih cenderung menyokong PR dan pengundi Melayu di luar bandar yang lebih cenderung menyokong BN.

Dengan pola sedemikian, siapa menang? Di akhir analisisnya, saya mendapati persaingan sengit di Johor adalah di kawasan parlimen berikut: Bakri, Labis, Gelang Patah, Segamat, Johor Bahru, Pulai, Simpang Renggam, Ayer Hitam, Sembrong, Muar dan Batu Pahat.

Di Melaka, status quo kekal dengan BN menghadapi saingan sukar di kawasan bandar yang majoriti pengundi Cina.

Di Negeri Sembilan pula, BN perlu berhati-hati sekali jika tidak mahu kerajaan bertukar tangan. Pada mulanya saya ingat BN cuma menghadapi laluan sukar di Seremban dan kawasan yang dimenangi oleh PR dalam PRU 2008, namun tinjauan akhir mendapati BN juga menghadapi saingan sengit di Kuala Pilah dan Tampin.

Esok saya akan pulang ke tempat kerja dan semoganya saya akan mempunyai lebih waktu lagi untuk menilai ulang data yang sempat dikutip ini.

Sekadar mengongsi pandangan untuk sama-sama memeriahkan PRU-13.

3 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Malas kamek nak gagow sal towk dolok. Kamek gik muda.. Heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x salah mun nak tauk dan ambik tauk... walaupun ktk gik muda, kita harus ada rasa cinta dgn negara kita, sbb bila ktk dh x mudak agik kelak, anak-cucu ktk perlukan negara tok utk berlindung dan berteduh... maok malaysia jd mcm singapore? :) fikir-fikirkanlah...

      Delete
    2. kinek tok melayu yang berpecah.mun melayu bersatu kan bagus...sik tauklah mcm ney...

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form