Kronologi Validasi

Semuanya bermula pada awal Disember tahun lalu.
Bila iklan kenaikan pangkat dibuka.
Maka busy lah kami, mengisi itu dan ini, menyediakan itu dan ini.
Dan folio pun siap juga akhirnya untuk dihantar ke sana.
Itu cerita tahun lepas.


Pertengahan Mac 2013, tarikh validasi pun diumumkan.
Masa tu tarikh takde lagi, cuma dimaklumkan 1-20 April.
Apalagi, kami pun busy lagi.
Menyediakan folio lagi.
Tambah apa yang perlu, buat apa yang tak ada.


Bilik pun masa tu tak perlu cakap lah.
Dah bertimbun dengan fail.
Sampai yang jarang masuk ke bilik kami, terperanjat beruk melihat keadaan bilik kami.
Gambar masa tu memang tak terfikir pun nak ambik.


Dan 9 April, tarikh keramat bagi kami.
Kami telah selamat divalidasi.
Proses validasi pun berjalan lancar.
Alhamdulillah, semuanya telah dipermudahkan.
Sekarang boleh lah konsentret tugasan-tugasan lain.
Dapat tak dapat tu belakang cerita.
Kalau ada rezeki, alhamdulillah.
Kalau belom ada rezeki, cuba lagi.
Yang penting kami dah cuba dan buat yang terbaik.


Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form