Kisah si Ibu yang terlupa

Pagi tadi elok jer dah bangun awal, bersiap awal.
Sempat kemas rumah sikit-sikit.
Pastu Irfan pulak bangun, tapi dah nak hampir bersiap.
Takpe sebab semua dah ready.
Seronok kalau tiap-tiap pagi macam tu.

Sebabnya.
Malam sebelumnya semua dah setel.
Paginya tinggal nak touch up sikit-sikit jer.
Bertenaga pulak malam semalam.
Mata pun tak ngantuk sangat.
Hairan jugak.

Tapi.
On the way nak gi kerja.
Dah ler driving sorang-sorang hari ni.
"Alamak, storage bottle tertinggal!"
Frustnya.
Baru jer nak suka-suka senyum-senyum.
Pagi-pagi tak kecoh di rumah.
Tapi lain pulak hal nya.

Masa kunci gate rumah tu memang perasan ada sesuatu.
Sesuatu yang tak lengkap.
Jengok dalam kereta, beg pam sudah, cooler bag sudah.
Buku sudah, bekalan kunyah-kunyah pun sudah.
Macam semua sudah.
Rupanya yang dalam beg pam tu yang tak sudah.
Adeh, frustnya.

Sebelum ni memang simpan plastic bag storage dalam beg pam.
Tapi masa travelling hari tu dah abiskan semua.
Lupa pulak nak top up balik.
Ada jer kat rumah nun.
Sedih tau.
Storage bottle tu boleh jadi motivasi buat diri sendiri.
Berbunga jer rasanya hati kalau dapat pam penuh 1 botol.
Petang masa packing cooler bag pun rasa bangga jer.
Chewah.
Betul, memang rasa ada kepuasan kalau dapat pam banyak.
Sebab tu kalau bf ni, makin banyak hasil kita dapat masa mengepam.
Makin ketagih pulak nak mengepam.
Kan? Kan?
Mesti ada yang setuju kan?

Tapi, takpe.
Walaupun kat supermarket kat pekan Bau ni takde plastic storage.
Apatah lagi yang botol.
Penyelesaiannya tetap ada.
Pam tetap pam, okey.


Simpan jer dalam Elianware.
Bukan Tupperware ye.
Hehehe.

Yang penting mesti pam.
Walaupun masih guna manual sekarang.
Macam malas nak pergi repair/servis S3 tu.




3 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. bestnyaa..semangat mengepamm

    S3 ya madela ka apa oo..

    mcm tertinggal episode pasal brand pam yg kitak guna

    rusak ka..ada warranty sik

    +* banyak tanyak sebab tgh survey2 pam susu..

    tq

    ReplyDelete
  2. setuju sesangat!! hehehehe.memang ketagih mun dah pam. Tapi kamek time Ieman sikpat pam banyak..huhuhuhu..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form