3 bulan

3 bulan berhibenasi, hari ni saya kembali bekerja. 
Kali ini memang berlainan dengan cuti bersalin tahun 2009 dulu. 
Dulu tinggal umah parents, sekarang tinggal umah sendiri. 
Dulu anak sorang, sekarang dah dua. 
Dulu tak breasfeeding, sekarang eksklusif. 
Memang, sangat sangat lain. 

Pagi tadi seawal 4 pagi lagi saya dah bangun. 
Bagi Irfan DF puas-puas, takut nanti dia taknak nenen botol. 
Pastu siapkan apa yang patut. 
6.15 pagi dah bergerak menghantar anak-anak ke umah adik. 
Nasib baik umah selorong jer, adik masih berpantang. 
So semua berkumpul kat situ, termasuk Nek Wa yang jaga Iman dan Irfan. 
Sekarang masih blur tak tau nak buat apa kat ofis. 
Barulah terdetik hati nak update blog setelah begitu lama bercuti. 
Lappy ni pun 3 bulan jugak bercuti. Hiks. 

Alhamdulillah dah 3 bulan menyusu Irfan. 
Another 3 months lagi. 
Dan 6 bulan lagi. 
Dan setahun lagi. 
Mudah-mudahan saya cekal sepanjang BF journey ini. 
Amin. 

Irfan Mustaqim dah 3 bulan, syukur ya Allah.

1 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form