Support Group Meeting @ Sarakid Sarawak

4 hari bercuti termasuk weekend.
Semalam I cuti rehat sebab appointment kat klinik sebelah petang.
So macam biasalah, kalau kat umah memang malas nak update.

Hari Sabtu yang lepas ada SGM kat butik Sarakid di belakang Emart.
Sejujurnya inilah kali pertama saya menyertai SGM macam ni.
Excited pun ada jugak.
Ye lah, nawaitu tu memang ada nak EBF kat Adek nanti (Insya Allah)
Tapi ye lah, anasir-anasir luar masih terlalu banyak untuk ditepis.
Takde support daripada sesiapa.
Kesian kan?

Tapi, saya rasa perkara macam ni bukan berlaku kepada saya jer.
Mostly ibu-ibu di Sarawak ni belum ramai yang EBF.
SGM hari tu pun memang khas untuk ibu-ibu bekerjaya.
Memang Puan Azlina share macam mana dia menyusu dan menyimpan stok EBM semasa bekerja.
At least bila dah dengar pengalaman orang lain, kita pun akan bersemangat jugak.


Kalau surirumah senang lah nak EBF, tinggal nak atau tak nak jer.
Tapi, kalau yang bekerja tu memang 1 cabaran.
Tambahan lagi bagi yang selalu outstation, risau tau.
Tapi diorang pun share jugak pengalaman semasa bekursus.
Macam mana nak simpan stok EBM, macam mana nak tranferkan stok.
Memang banyak benda baru yang dapat hari tu.


Walaupun saya masuk agak lewat hari tu, tapi lepas sesi tu boleh lagi tanya.
Dapat jugak kenalan-kenalan baru.
Yang lain bawak potluck hari tu, tapi saya terlupa tak bawak apa pun.
Tapi tetap ada makan-makan lepas sesi sharing.


Hari tu bukan setakat ibu-ibu jer berkumpul.
Kaum bapa pun ada sekali.
Anak-anak lagi lah, mana boleh tinggal.

Kalau ada sesiapa yang berminat dengan SGM untuk EBF mom ni, silalah ke FB dan like Sarakids Sarawak.
Apa-apahal Puan Norazlina akan update di situ.


4 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. good for u dear..! masih ingat Mira suh buat entry bersediaan BF utk dikongsi..masih xsempat2.. sejujurnya, mmg pekara tu memerlukan ilmu dan pkongsian pngalaman y banyak.. SGM mcm ni mmg membantu!!

    ReplyDelete
  2. Best! Kmk suka knowledge sharing mcm tok. Tp kmk sikda fb. Mun ada lagik gathering, ktk inform d blog ktk tok. Kmk nak join.

    ReplyDelete
  3. bagusnyaaa. kita dah sambung semula bf kita mira. setelah 2 bulan stuck dek fikiran singkat. alhamdulillah, stock pun makin mengembang. cayok2.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form