Sehari sebelum ber-4

 *Entri yang tertunggak...



Sabtu - 11 Februari 2012

Alkisahnya, sehari sebelum bersalin saya sempat jalan-jalan cari makan di restoren yang dah lama saya nak pergi. Entahlah, bagi saya yang belum ada pengalaman 'menunggu hari bersalin' saya dapat merasakan yang saya akan bersalin pada minggu yang berikutnya. Ternyata benar.

Pagi Sabtu itu, kami 3 beranak seperti biasa bersiap-siap untuk makan di luar. Memang target nak makan kat Restoren Tumis. Memang tak plan pun nak masak hari tu. Tapi kami terus lunch memandangkan memang dah waktu lunch pun. 


Lepas jer lunch di Tumis, makanannya so-so je, takde lah meletop sangat pun, Ayah Iman ajak jalan-jalan. Tapi saya nak pergi India Street dulu, nak carik anak tudung. Nak pakai masa berpantang! Hehehe.


Saya memang dah tak larat rasa nak jalan-jalan di shopping complex. Macam nak balik umah pun ada jugak tapi Ayah Iman ajak jalan-jalan kat Tugu Pahlawan. Hmm.. oklah jugak, penat jalan leh duduk kat situ. Lagipun kalo lagi banyak jalan, lagi cepat 'bukak jalan' orang kata. Maka berronggenglah kami 3 beranak di situ mengambil gambar. Cuaca pun mengizinkan, tak panas, tak mendung. Sejuk jer duduk-duduk tepi fountain.


Iman bagaikan seorang jakun yang tak pernah keluar rumah. Haha. Kesian anak Ibu. Ye la, bukannya selalu main kat tempat yang luas macam tu. Kalau main kat playground pun main kat McD je. Bila nak ambik gambar, start ler dengan posingnya yang entah hape entah perasan cute.


Suka sangat buat muka cute kalau bergambar. Mata kecik tu rasa cute la ek? Iman..Iman... Memang terhibur dengan keletah dia je.


Posing perasan cute. Lepas pose sibuk nak tengok camne rupa gambar dia. Pastu gelak. Nang ngegeh, kata urang Serawak. Bila Ibu bergambar pegang baby bump, Iman pun ikut pegang perut dia jugak. Iman cakap dalam perut Ibu ada Adek, dalam perut Iman, ada Pipin. Hihihi.


Dan last but not least, sebelum balik ke rumah Ayah Iman singgah di pasar Minggu Satok sebab saya nak makan ikan terubuk panggang dan kek SR.


Gambar ketika masih ber-3 kerana keesokkan harinya (12.02.2012), Adek telah pun mewarnai kehidupan kami sekeluarga. Sebenarnya ketika berjalan-jalan tu saya memang dah rasa lain macam. Masa tunggu Ayah solat Asar, perut sangatlah meragam, rupa-rupanya contraction dah bermula. Bila balik rumah, tengok-tengok ada spotting, saya pun sms tanya Mak, Mak cakap tu tanda nak bersalin! Gulp! Adik-adik plak yang nervous. Ye la sebelum ni akak diorang tak pernah bersalin normal. Sebelum ni terancang, pegi hospital dan bersalin. Saya cepat-cepat masak nasik, masukkan baju dalam washing machine dan prepare apa yang perlu untuk ke hospital. Lepas tu cepat-cepat makan nasik & ikan terubuk panggang, makan kek SR, makan biskut semprit dan perkara yang saya jarang sekali lakukan, minum 1 mug air kopi O! Mak kata untuk selusuh. Minum jer lah, tapi saya tak lupa minum air zamzam jugak.

Sepatutnya Ayah Iman nak pergi tengok bola malam tu dengan adik ipar dan cousin tapi kensel! Dan pukul 12 tengah malam barulah saya dan Ayah bergerak ke SGH.



5 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Tahniah di atas kelahiran baby.. Selamat berpantang.

    ReplyDelete
  2. sempat juak ktk molah keja2 umah, mkn minum sgala before ke hospital.. kopi O utk selusuh? bruk kmk dgr.. maybe one day kmk try lak if preggy lgk skali :)

    ReplyDelete
  3. mena2 la ktk makan before g speta nak oo?
    eehhee

    congrats on ur babyboy :)

    ReplyDelete
  4. berasa gak melahir normal...pengalaman yg sukar utk diperolehi kan..tahniah myra...

    ReplyDelete
  5. nur nba, thanks :)

    nurheart, sempat..x juak alu terberanak terus..hehe

    fieza, aok, ngenang nk berpantang gik..hehe

    kak risanur, alhamdulilah..thanks :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form