Kisah di sebalik perfume

Hai. Selamat bersiaran di musim cuti. Selalunya kalo weekend ke cuti ke malas nak update. Tapi hari ni memandangkan seluruh alam masih lagi tido, dah tak tau nak buat apa, so boleh lah online ye tak? Hehehe.

Sesungguhnya bulan ni banyak sangat cabarannya. Bulan ni la bulan terakhir nak buat persiapan nak sambut ahli baru dalam keluarga, bulan ni jugak perfume abis, godaan nak beli BB baru. Adoi, banyak sungguh lah nafsu-nafsu membeli. Udah ler bulan ni payday awal. Pastu lama plak tu nak tunggu gaji bulan 2 nanti. Sib baik nanti bulan 2 nanti terima habuan 'kutu'. Hehehe. Memang dah plan pun nak kutu bulan 2 senang nak cover kalo ada perbelanjaan di luar dugaan. Sekali lagi terima kutu bulan 12 nanti, sebab nak bayar hadiah birthday si Emily hitam ku. Hihihi.

Cabaran yang saya berjaya tepis baru² ni ialah cabaran membeli perfume. Bangga tau dapat menepis cabaran membeli dari Encik Suami. Bangga dalam hati jer la. Hehehe. Beliau dah beli Dunhill idaman beliau sebab tu nak saya beli yang baru jugak. Takpe, nanti saya akan beli jugak. 

Mengimbau setiap perfume yang pernah dipakai, semuanya ada kenangan tersendiri. Kalau zaman study dulu, memang favourite perfume ialah Avon. Ye la zaman tu mana mampu lagi, memang pakai yang roll-on Avon jer la. Banyak yang saya dah pakai, lupa dah. Tapi yang paling saya ingat ialah:

dan juga, of course Women of Earth:

Legend kan Women of Earth Avon ni? Tapi, masa pakai Haiku dan WoE ni pun zaman dah kerja lepas study. Masa tu kerja biasa² jer, gaji cukup² makan jer. Masa kat kampus memang takde chance ler nak pakai perfume yang main pancit² ni. Hehehe.

Dan, zaman membeli perfume yang mahal² tu start bila dah kerja gomen. Biasalah kerja dah tetap, gaji pun agak ok. Boleh lah membeli lebih untuk diri sendiri. Hehehe.

Untuk tahun 2011, saya cuma pakai 2 jenis perfume jer. Sekali pakai 6 bulan. lama ler jugak nak habiskan. Pasni takmo beli banyak² ml lah, beli yang 30ml je la. Ok, lepas ni. Misi nak abiskan cepat jer. Bulan 4 nanti baru ingat nak beli. Insya Allah. Sebab nak beli sekarang pun tak lama lagi nak berkurung di umah, tak pakai perfume pun, pakai minyak² untuk ibu² berpantang jer. Hihi.

Awal tahun 2011, saya masih continue pakai Clinique Happy (for men). Hihi. Entah kenapa saya suka bau Clinique Happy yang keras tu. Lama wo nak abiskan sebab ingat lagi saya beli kat Penang masa holiday ke Penang bulan Oktober 2010.


Lepas tu bila dah tak tahan bau yang keras ni, saya dan Encik Suami beli Diesel ni. Saya suka botolnya sebab ada jaket. Seksi. Hihihi. Bau boleh tahan la.



Lepas ni ingat nak beli yang ni:


Nak mengimbau zaman² muda remaja masa tak kawen lagi ler konon. Tapi Moschino ni takde jual kat Parkson. Kena beli kat airport jugak. Bukan apa saya suk abeli kat Parkson sebab boleh dapat baucar. Dapat baucar 30 boleh ler beli baju sehelai kan? Kan? Kan?

Ada hati nak beli J. Lo ni jugak:


Tapi mahal. Sekarang ni bajet tak boleh mahal².  Tapi bau memang, superbbb. Pakai J. Lo ni masa sebelum dan semasa kahwin. Lama sangat nak habiskan sampai mintak tolong adik pakai sekali. masa ni beli 1 set sekali dengan losyen tu. Losyennya pulak blink-blink. Memang puas hati lah. Mahal tetapi berbaloi. Tapi tu zaman muda remaja takpe lah melabur lebih.

Teringat masa mula² kerja, pakai Diamond you. Ala yang Beyonce pakai tu. Mahal tu, bagi saya mahal la kalau dah above RM200. Tapi, ye la baru kerja kan, baru rasa duit sendiri ribu-raban dalam tangan, walaupun takde lah besar sangat pun gaji, tapi yang penting duit hasil titik peluh sendiri, tu yang nak hadiahkan kat diri sendiri tu.
Diamond ni lah antara perfume yang paling lasting bila saya pakai. Diamond yang baru sekarang pun sedap jugak baunya. Saya percaya mesti lasting jugak, harga pun dah mahal kan? Tapi takpe lah, sekarang kita nak carik yang ada 50 ml jek untuk menjimatkan perbelanjaan. Hehehe.

Dan setiap individu semestinya ada kisah di sebalik perfume kan? Ada yang tercium bau perfume ni, teringat ex-boyfie ke, ex-tunang ke? Tak mustahil kan? Perfume memang sangat mempengaruhi kehidupan kita. 


6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. hye kak mira!

    for me the only perfume yg memberi kesan mendalam(aiseh!) is flower by kenzo.
    bcos it was given by my 1st boyfriend.nak nama cinta pertama nang susah mok lupak n i keep wearing it till today.beli baru la of kos hehee

    fav perfume kmk is jadore and poison by dior hehehe

    ReplyDelete
  2. fieza, kan? mst ada sentimental value nya... kelak mun bajet lebih kit mek try j adore... x penah juak pakei ya... hehehe

    ReplyDelete
  3. kamek dari start mula kerja sampei kinek tok setia dengan elizabeth arden green tea, 12 tahun dah makei perfume tok

    ReplyDelete
  4. waaaaaa....nang setia ktk eh... tp nyaman juak bau green tea ya... fresh!

    ReplyDelete
  5. hehe.. perfume mek abis cun2 time raya. kakya alu pregnant, xda rasa nak makey perfume. tp bila nangga perfume di mall ingin rasa nak beli tp nahan nafsu lok coz nak bajet k keperluan beranak & baby. sementara tok k one drop dolok. :p

    insya Allah, lekak bersalin, melaram gik. hehhe... kmk suka perfume femme BOSS. Perfume ya diberik hubby mek k hantaran bertunang. bau nang nyams.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. kmk ms pregnant iman dolok mena x thn bau perfume.. bau J.Lo fav kmk pn kmk x dpt terimak... so pakei one drop jak time ya... nektok ok jak bedal semua

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form