Hari makan-makan

Sekarang kalau rasa nak makan, cakap jer, Ayah Iman mesti akan bawak carik makanan tu. Sayang Ayah, thank you so much, Yang. 

Kekadang tu takmo jugak makan yang kat kedai, kena la masak sendiri, ikut tekak sendiri, ataupun ada jugak yang nak Mak jugak yang masak. Air tangan Mak jugak yang lalu tekak. Biasalah kan?

Kekadang tu, kalau dah rasa nak makan, kol 10 malam, tang tu jugak la Ayah Iman ajak keluar. Iman pun no hal, dia memang budak yang tido lambat, so senang je kalo keluar malam-malam. Hehehe.

Masa cuti CNY ari tu, last day cuti, malas sangat nak masak. So misi hanya jalan-jalan cari makan. Hmm.. kedai confirm banyak tutup. Tetiba teringat Kopi O Corner, kedai yang memang jarang sekali saya pergi. Ye la kedai tu bukak siang jer, saya pulak siangnya di daerah lain. Hihihi. So, kerjanya mencuba menu yang tak pernah dimakan ler.

Dan menunya ialah, set talapia bakar!


Memang terbaek lah, wa cakap lu. Saya pun memang pencinta ikan. Memang sukaaaaaa sangat! Tak perlu cecah kicap pedas pun takpe sebab ikan tu memang dah dibakar dengan sambal yang pedas.


Makan memang tak hengat dunia. Iman makan nasi goreng USA jer. Dia nak mintak ikan tapi sorry to say, Ibu cakap jer pedas, terus dia geleng-geleng kepala. Iman pun sorang lagi hantu ikan. Sama macam Ibu. Nasi goreng USA biasa jer, tak semeriah dan semenarik di Semenanjung sana tu.

Pastu, Ayah Iman cakap nak order lagi tak? Kami order roti daging + cheese + mayonis, tapi Ayah Iman cakap roti apa ntah, tak hengat. Saya on jer sebab rasa boleh masuk lagi. Hehehe.


Ni haa rotinya, pastu perut cramp sebab over kenyang. Amek kau! Kami bertiga tapi airnya 4 gelas. Hihihi. Memang sekarang perlukan 2 gelas air kalo makan kat luar, tak cukup kalau segelas, Iman pun dah segelas.

Ngegeh tak Iman dengan spec nya? Nak jugak paksa Ayah pakai spec dalam kedai supaya sama dengan Iman. Isk isk isk...


6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Salam Mira,
    Mkn dekat mane ni?
    Nampak menarik lah :)

    ReplyDelete
  2. teringin nak makan nasi goreng USA ...Macam sedap je ...

    ReplyDelete
  3. Marya,
    kat kuching.. hehehehe

    Bilik Hijau,
    mmg sedap pon... kalo kt semenanjung la... kat swak ni x best sgt

    ReplyDelete
  4. bestnya makan2, mcm kmk tok control diet. x boleh makan lebih2, makan sayur banyak2. hehehe... tp nyawa tok nak makan lebih2. hehe...

    ReplyDelete
  5. aok oh, ktk terpaksa kontrol diet... mcm kwn kmk di opis tok, jeles nangga kmk dpt mkn mcm2... nya mkn utk lunch pun bercatu... tp ya lah mek madah, tiap org rezekinya lain2... mungkin ada hikmah di sebalik ya... lak ps beranak lak boleh mkn mcm2 agik bah

    ReplyDelete
  6. hehee.. mun kmk terlebih makan, bercarik ngan buah limo masam. kata pakar pemakanan di jawa riya, limo oren masam ya boleh k nurun paras gula. so far, alhamdulillah, masih dpt d kawal gula. cuma bila minum sirap ya mendadak nait. heheh.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form