Perasaan bila pertama kali bergelar 'Ibu' memang satu perasaan yang indah, yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sebaik saja terpandang wajah si anak yang masih merah, hilang dan lupa semua kesakitan ketika melahirkan. Syukur sujud kepada Allah kerana mengurniakan rasa ini kepada ku. Mungkin tak semua wanita berpeluang untuk merasai 'rasa' ini tetapi percayalah setiap yang berlaku bersebab. Allah Maha Mengetahui.
Mempunyai seorang anak seperti Iman Madihah adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Semakin hari, Iman Madihah berkembang menjadi seorang kanak-kanak yang cerdik dan pintar. Alhamdulillah, Ya Allah. Iman Madihah anak yang tidak banyak ragam sejak dari bayi lagi, walaupun dilahirkan songsang.
Sekarang Iman Madihah telah berusia 2 tahun, sudah boleh diajak bersembang walaupun masih pelat. Boleh disuruh, walaupun kadang-kadang masih blur. Mudah minta maaf apabila dimarahi. Oh, alhamdulillah, mudahnya menjaga Iman Madihah.
Cuma, sukarnya nak praktis potty training untuk Iman Madihah. Memang perlukan kesabaran. Potty yang colorful dan bermuzik disangkanya toy. Tapi dia tau pulak potty tu untuk 'yak'. Boleh tak kawan-kawan kongsi pengalaman nak praktis potty training buat anak-anak sebaya Iman Madihah?
semoga iman menjadi anak yg solehah dunia dan akhirat kak..:)..pa potty training ya? yah..antap mek sik tauk papa :)
ReplyDeletehaha.. potty training ya melatih sidak kemeh k tampoi b4 pandei kemeh rah toilet... x lelah berpampers agik... dh 2 thn... babo lak k pampers... heheh
ReplyDeletenabihah masih k pampers juak, ari ya ada sik berik nya k pampers, skali kemeh mengarey. hehehe..
ReplyDeleteoo..ok..duhal..anak buah mek dolok terus d pateh g toilet tpi yalah, dh d suruh g jamban lain gik d main cdak..main air..ney dak berjam2 lam jamban..:)
ReplyDeletesalam..kmk potty train anak kmk dolok pun rumit juak mula2...nok potty berkaler2 ada cam tangga ya k nya berdango, nang sik mok kemeh berak sia..... di paksa sejam skali g jamban walaupun nya sik kemeh..so sampey kinek tok potty ya nang k dango jak
ReplyDeletekita pun blm training oni lagi. mama kita kata, nanti oni geli sendiri bila pakai pampers. skrg ni, tgh training dia bercakap nak kencing atau berak. ehehhee, dia cuma tau busuk je.
ReplyDelete