Nombor binari lagi untuk tahun 2011 selepas 101111. Dan ramai yang memilih tarikh keramat ni untuk mendirikan masjid, mungkin ada yang sanggup tunggu pukul 11.11 pagi untuk disahkan sebagai suami-isteri kot. Hmm... apa sangatlah yang ada pada nombor kan? Heh.. tak kisahlah labu, janji mereka bahagia kan?
Semenjak 2 menjak ni line di ofis sangatlah down. Mungkin kerana pertukaran leased line ke line MYREN. Kalau pakai leased line tak dapek lah nak berFB, wifi jer yang dapat sekarang tapi aku masih ada BB, selamat lagi, dapek lagi lah nak usha-usha status orang. Hihi.
Lama sangat dah tak menghasilkan entri berkualiti di sini. Kesian blog berhabuk. Saya bukan budak remaja lagi nak update cerita beli kasut, beli shawl, makan di situ, lepak di sini. Mungkin peralihan usia, entri di sini pun semakin dewasa dan berusia jugak lah kot. Nanti-nantilah story-mory lagi. Daa...
Muahs! Muahs! |
Tags
Blogger