30 Oktober 2011 Iman Madihah genap 2 tahun. Bangun jer tido dia dah tersengih-sengih, macam tau² jer hari tu birthday dia.
Ibu: Happy birthday, anak Ibu!!!
Iman: *senyum nampak gigi*... day-day Man
Di antara dialog Ibu dan anak semasa anak baru terjaga dari tido.
So adalah sikit jamuan untuk birthday Iman, masa 1st birthday memang tak buat pun, ye la apalah budak umur setahun tau. Sekarang dah masuk 2 tahun, dia dah ada demand dia sendiri. Masa nak order kek pun dia tunjuk, Pipin!! Ingatkan taknaklah kek Upin Ipin, ye la birthday girl, nak la tema Princess ke, Dora ke, Barbie ke, tapi Iman ni obses sangat dah dengan Pipin nya.
Impian Iman akhirnya menjadi kenyataan. Birthday cake Upin Ipin! Order dari member jer, senang jer EI pun dah ada di Kuching, tak payah nak order dari Semenanjung dah.
Muka birthday girl yang excited giler. Memula day-day Man. Bila kek dah sampai, bertukar pulak ke day-day Pipin. Erkk... Pipin plak yang birthday. Tak sabar² nak potong kek bila kek sampai padahal tetamu tak sampai lagi.
Iman tiup candle tak cukup kuat la. Kena Ibu jugak yang tolong.
Birthday girl yang ceria bersama Ibu. Ceria sangat Iman hari tu bersama kawan².
Posing sengeh sebab dapat hadiah banyak. Alhamdulillah.
Mana Iman ni? Tu diaaa...
Kesayangan Ayah dan Ibu, penawar hati Ayah dan Ibu, dah besar pun Kakak Iman. Semoga anak Ayah dan Ibu membesar jadi anak yang cerdik, pandai, bijak tutur-kata, hormat orang tua dan mendoakan kesejahteraan orang tuanya. Amin amin ya rabbal alamin. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati anak Ibu, Iman Madihah (Kepercayaan Yang Terpuji).
Happy birthday Iman Madihah!
ReplyDeleteHappy belated bday iman:)
ReplyDelete