Iman Madihah & 'sesuatu'


Ini baby saya
Iman Madihah namanya
30hb depan genaplah baby saya ni 2 tahun

Belakangan ni baby saya suka sangat menangis
Sikit² nangis, sikit² marah
Dan tengah malam tadi, menangis yang sangat lama
Siap sepak-terajang saya lagi
Macam ada 'sesuatu' yang mengganggu
Badan pulak mengeras, jadi macam sangat kuat
Dibaca ayat kursi, ayat² Quran, diam sebentar, reda sekejap jer
Lepas tu menangis balik
Takde pulak tanda² sakit perut

Dan malam tadi bukan yang pertama kalinya
Cuma malam tadi berlarutan sehingga bangun pagi
Dah la tidur hampir 3.30 pagi
Bila ayah nak hantar ke rumah nekwa, baby nangis lagi
Sepanjang perjalanan ke rumah nekwa baby nangis
Sangat risau dibuatnya

Sejak minggu lepas, baby selalu ketakutan bila tengok cd Upin Ipin
Sebelum ni ok jer
Baby cakap, "Pipin..tuuu"
Manade siri Upin Ipin ada hantu

Kalau lepas nangis, saya suka tanya baby
"Kenapa baby nangis?"
Baby jawab, "tuuu"

Kadang-kadang, baby berlari ke dapur kalau Ibu sibuk di dapur
"Buuuu... ada tuuuuu"

Mungkin sesetengah orang takkan percaya dengan semua ni
Tapi, saya percaya
'Mereka' juga makhluk Allah
'Mereka' wujud di sekeliling kita
Cuma kita yang tak nampak
Selalunya orang cakap, budak kecik nampak apa yang kita tak nampak

Dan.. ini bukan kali pertama baby menangis malam macam ni
Masa baru² berpindah ke rumah ni dulu pun baby selalu menangis malam jugak
Pabila dah 'dibuang' baby ok
Cuma lepas raya ni baby kembali menangis malam lagi
Baby saya sebenarnya bukan anak yang suka meragam
Sejak kecil lagi dia memang senang dijaga

Saya risau
Malam ni pulak malam Jumaat
Terasa fobia pulak nak masuk tidur
Sebenarnya bila baby menangis di tengah malam
Saya ada terdengar bunyi² lain di luar
Saya tak pernah pun bagitau suami saya
Tapi malam tadi, suami saya pun dengar
Saya pun dengar
Ertinya ini bukan mainan perasan
Ianya betul²
Saya risau
Baby nampak apa yang kami tidak nampak

Hari ni saya ponteng kerja
Sebab risaukan baby
Nak bawak baby jumpa Ustaz
Tapi bila ke tempat Ustaz tu, hari ni bukan waktu rawatan
Terpaksa tunggu malam esok

Makanya malam ni kami tidur di rumah Nenek
Saya fobia!



1 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. hmmm yes, nembiak boleh nampak 'benda2 halus' yg kita sik nampak.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form