Perhimpunan BERSIH 2.0

Mungkin ramai yang masih blur tentang BERSIH 9 Julai 2011. Berikut ialah sedikit maklumat BERSIH. Jangan tak tau hal ehwal semasa kan? Lagipun BERSIH ni mungkin akan menjadi sejarah Malaysia yang mungkin akan merubah sistem demokrasi berparlimen kita sedikit hari lagi. Mungkin kan? Kalau diisytiharkan darurat, memang confirm masuk dalam SPM paper Sejarah tahun ni. Ya la kan, daripada negara yang aman damai, nak jadi macam negara orang lain kan? Berdemo sana-sini. Nasib baik lah Sarawak tak macam di sana tu. Ya, mungkin orang kata orang Sarawak ni bodoh, tak pandai nak melawan, tak berani nak memprotes, tapi bagi aku yang memang orang jati Sarawak ni, untuk apa nak perjuangkan semua tu? Janji negeri aman, makan minum cukup, lantak pi lah dengan pemimpin yang nak korek lubang kubur sendiri, nanti mati dia sendiri jawab la.

Ok, cerita tentang BERSIH. Nak kata aku ni sokong, tak lah, tapi aku cuma nak mengikuti perkembangan semasa. Lagipun BERSIH ni nak buat di sana, memang takde chance lah nak tengok live kan?

Pengenalan
BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya pada Julai 2005. Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia.

Formulasi Kenyataan Bersama
Kenyataan Bersama dikeluarkan ekoran ‘Bengkel Reformasi Pilihanraya’ yang diadakan di Kuala Lumpur pada September 2006. Kenyataan Bersama menyatakan objektif-objektif jangka panjang dan tuntutan-tuntutan segera (jangka pendek) sebagai matlamat gabungan ini.

Jawatankuasa Induk BERSIH
Jawatankuasa terdiri daripada ahli-ahli dari parti politik dan wakil-wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu: Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) and Writers Alliance for Media Independence (WAMI).

Pelancaran BERSIH
BERSIH dilancarkan secara rasminya pada 23 November 2006 di Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh pemimpin-pemimpin parti politik, kumpulan masyarakat dan NGO, termasuk Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Publisiti Pusat dan Ahli Parlimen Seputeh, TereseKok; Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa; Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub; Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan; Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud; Pengarah Eksekutif WDC, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif SUARAM, Yap Swee Seng.

8 Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0 

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam 

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.

Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah 

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.


8. Hentikan politik kotor 

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.



8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. bagi kmk lah nak..tok mek pun personal point of view lah..sik perlu nak berdemontrasi kdak BERSIH tok..negara kt negara yg berperlembagaan dan berpalimen..apa guna parlimen nak? bagi kmk nak 8 tuntutan BERSIH ya nak dpt gik d bincang kan secara damai sik perlu nak berhimpun kdak tok..kita d Sarawak tok nang aman dan damai..tpi anything happen d Semenanjung will effect Sabah n Sarawak also..sebab kita 1 Malaysia. kita knak prihatin terhdap satu sama lain. tegal BERSIH tok setiap pagi kmk tgk berita..mcm2 mek dgr..nang ada bena apa yg sidak tuntut tpi tuntut lah betul2..jgn mengancam keamanan negara..sgek ktk org harus tauk, penganjur perhimpunan tok adalah mostly peguam. they know the law but then knak again the law? knak sik menghadap agung dr awal? knak dh dekat pilihanraya baruk nak polah kdak tok? knak sik lamak dolok? tegal pilihanraya sarawak? sik cukup BERSIH gikkh our last election? berapa byk tempat pembangkang menang? Bn still wins at Sarawak sebab rakyat masih maok cdak..tuntutan no.8 plg lawaklah..hentikan politik kotor? sapa main kotor? kmk asa duak2 pun maok kotor..gago nak nganuk the other side tpi tgk parti sendirilh.. item no 6, rasuah? aduh2..bagi kmk ya isu dh lapuk ..jgn kata ahli politik..org biasa pun mkn rasuah nak..dh lumrah alam bah..masa pilihanraya, selalu nya yg membuat kekecohan is Penyokong pembangkang..kotan berani glak tek nak..mok kan keadilan..keadilan apa? for me, kmk bersyukur apa ada nya...kmk maok kan negra yg aman damai dan maju..kita tgk..negara yg bergolak, maju sik sidak? sik nak? dr kita polah perhimpunan kdak tok pasya musnahkn harta benda awam..at last kerajaan juak knak fixed it..n duit RAKYAT juak kuar nak?...the choice is in our hand, so we r free to choose...but then think before we act coz this is not about us only but then its about our future, our family, or son, daughter, young generation...peace kacang peas :)

    ReplyDelete
  2. ya lah kmk setuju ngn pendapat ktk ya... sbnrnya sidak tok terlalu emosional... sidak nya masih ada perjuangan peribadi yg belum selesai.. so nk memuaskan hatibsidak ambik jln singkat tok... apa yg diharap sebenarnya akn pulan gbalit ke sidak nya juak... mmg akn efek ngn serawak tp kmk percayak urg serawak x setaksub gia gilak... mun yg taksub pun kenak asut sidak juak... i love sarawakians... cheh, cm kenegerian la pulak... hehehehe

    ReplyDelete
  3. kmk sokong juak pa pdh fida..since kmk kt ctok bersedia jak apa2 berlaku lak..huhuhu...takut juak eh...

    ReplyDelete
  4. aok..kmk pun rasa cdak sebenarnya ada personal pun agenda..kuang2..mun org sarawak tok nak memberontak blh jak bah kan..sebab yg sornagya lamak glak dh memerintah (opss..)..tpi sikpelulah nek memberontak kdak ya..cdak nang terlalu taksub aih..bila kmk post kat fb pasalbersih..mek pdh mek sik sokong terus nak marah2...demokrasi bah..suka ati kitalh nak pilih nok ney nak..bg kmk mek ewh..org senang2 jak nak sokong especially writer malaysiakini ya..coba fikir..mun masa perhimpunan ya lak cdak ada sik? mesti cdak nyelamat dirik dolok bah..n entah betul ka sik sumber n info dr cdak ya...tajuk kat website nang hebat sekali baca tek sikit jak d tulis nya..sik nya berani bena nak mengulas tajuk berita ya..erm..kdg2 mek asa org yg educated tok ewh..bila nya pun level education ya dh tinggi glak, nya asa nya jak pande n betul..ya jadinya kdak tok..

    ReplyDelete
  5. panjang lebar lok komen fida..go fida! sarawak aman damai..cdak tok taksub gilak..

    ReplyDelete
  6. yang pentingnya, abi kita sentiasa busy dan takde kat rumah, haih. tensen smua nak kena buat sendiri.

    ReplyDelete
  7. Sana bersih sini bersih...yang penting jaga kebersihan hehehe :-p

    ReplyDelete
  8. Ni Semua Propa Je Oleh Pihak PR Yang kunun2 nk reform padahal...hal ini pihak SPR sendiri telah take action @ sedang dlm pembaikan...nk kata depa bersih..x jugak....ni semua politik geladangan yg cuba diterapkn oleh pemimpin2 mereka tuk kepentingan peribadi..tuk POWER TO TAKE MALAYSIA....

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form