G6PD, kacang parang & wanita hamil

Pernah dengar tak penyakit G6PD? Hmm... dulu ada kenalan di FB update status bahawa baby yang baru dilahirkannya terpaksa 'check in' di hospital lebih lama kerana G6PD. Saya pun tanya apa penyakit tu. Ye la tak pernah dengar kan. Ibu muda ni taknak bagitau sebaliknya suruh saya tanya Pakcik Google. Dan masa tu saya terus search tapi info pasal G6PD tu tak masuk sangat. Baru hari ni saya berpeluang untuk mendalami dan memahami apakah sebenarnya penyakit G6PD.

Jom kita sama-sama berkongsi ilmu!

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.
 
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.

Bagaimanakah G6PD diwarisi?

 
G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma. Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja. Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku.

Komplikasi:
Kebanyakan pengidap masalah kekurangan G6PD biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau kompilasi. Pada penghidap yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya. Bagi bayi yang baru lahir, mereka mungkin lebih mudah mendapt penyakit kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan (Jaundice).

Diagnosis:
Ujian darah boleh dilakukan bagi menentukan samaada individu pengidap kekurangan G6PD ataupun tidak. Pada masa kini, ujian G6PD juga boleh dijalankan secara rutin sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan.

Rawatan:
Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang semasa mengandung, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa. Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.

Ubat anti-malaria:
Status G6PD perlu diketahui sebelum anda dibenarkan untuk mengambil ubat anti-malaria. Di kebanyakan pusat perubatan awam pada masa kini, ujian saringan pengesahan kekurangan G6PD adalah diwajibkan sebelum seseorang mengambil ubat anti-malaria untuk sebarang aktiviti di kawasan tertentu seperti aktiviti di hutan, jungle tracking dan lain-lain lagi. Oleh itu adalah penting untuk anda merancang setiap aktiviti yang hendak anda jalani di kawasan hutan. Ianya perlu dimaklumkan ke Pusat Kesihatan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh aktiviti. Selain bertujuan untuk menjalani ujian G6PD , dos pertama ubat anti malaria perlu diambil seminggu sebelum tarikh aktiviti dijalankan.

 
Ujian G6PD tidak perlu dilakukan berulang kali atau setiap kali apabila perlu mengambil ubat anti malaria. Sekiranya anda telah tahu status G6PD anda adalah normal, anda hanya perlu mengambil ubat anti malaria untuk kali ke-2 dan seterusnya tanpa menjalani ujian sekali lagi. Namun anda perlu sentiasa berwaspada kerana apabila anda gagal ataupun menipu mengenai status G6PD anda mungkin boleh mengalami komplikasi yang sukar untuk anda kawal dan meredakannya.




Oh, rupanya G6PD ni ialah penyakit genetik tetapi wanita yang hamil selalu diingatkan tidak memakan kacang parang. Dulu saya ingatkan pantang-larang orang tua tapi rupanya memang ada bukti kesihatan yang kacang parang ni memang tak bagus untuk ibu mengandung kerana khuatir akan memusnahkan sel-sel darah merah yang amat diperlukan untuk bayi di dalam kandungan.

Ada yang tak tau rupa kacang parang ke? Macam ni lah rupanya.

Sedap kan? Tapi awas!
Oleh itu, jagalah pemakanan anda tak kiralah anda mengandung ataupun tak. Bahaya penyakit pada zaman sekarang berada di mana-mana. Setiap manusia memang sudah mempunyai sel kanser cuma aktif ataupun tak itu bergantung kepada pemakanan kita.



7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. kmk ada pengalaman dimana kazen mpuan kmk kedak G6PD tok.. ya la tek dlm info ya..madah sikpat terdedah dgn ubt gegat n mkn kacang parang..nya mpun dah didedah n didik awal2 jgn mkn or dekt dgn benda yg nya sikboleh..inform dgn skolah nya juak..sbb nya boleh pengsan n bleeding mun terdedah dgn ubt gegat.. kcian juak..

    rumah cdak sikda guna ubt gegat la. hihi mun bapak nya selongkar stor lamak..awal2 bapak nya jerit jgn agak apak nya sia..

    ReplyDelete
  2. oh, mena kh v... sian oh... boleh ngembak umur juak urg mdh kmk

    ReplyDelete
  3. anak linda, ilham G6PD +ve..lama dia kena tahan kat wad dan siap masuk ICU dulu..sampai nak kering dah air mata sbb risau dan kesiankan dia... mmg kena pantang mcm2..tp skrg kami sekeluarga dah dpt biasakan diri kan..cuma risaukan bila dia dah masuk skolah darjah satu nanti..bdk2 manalah tau pantang2 nih walaupun berkali2 kita ajar kalau kita tak guide..

    ReplyDelete
  4. wahhh..good info..mek xpenah denga psl penyakit tok....

    harus berhati2 mkn pas tok..dolok mek suka kacang parang ya..nyaman bh hooo....nasib nek tok dh kurang mkn...

    ReplyDelete
  5. linda, ye ke? sampai msk icu ke? serius jugak eh? xpe la... dugaan namanya... mudahan semuanya dipermudahkn...

    flo, ya lah tek... nyaman pun tp berbahaya duhal

    ReplyDelete
  6. kacang ni akak tak berapa gemar sgt..cepat nak terbatuk2 bile makan

    ReplyDelete
  7. Wife xmkn pon..cume byk minum air soya je..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form