Kisah si rambut midin

Saya selalu merindukan budak kecik ini.
Budak berambut sayur midin.

Kredit: Flickr
Atau lebih tepatnya, paku midin sebenarnya, yang bergulung berpintal².


Dulu masa kecik senang jer dia dihias.
Dipasang hairband, ok jer dari pagi ke malam.
Sekarang? Dah lawan tokey, ok.
Kat umah langsung takmo nak ikat rambut.
Dah la rambut mengerbang.


Kalau nak berjalan, atau nak main dengan kawan² kat luar tu, nak pulak cantek².
Kalau mood ok boleh ikat 2, kalau tak,single ponytail je la.


Aktiviti sekarang pulak suka nak mengajuk orang dewasa.
Apa yang kita buat, itu la yang dia ikut.
Dok umah nek wa, tugasnya menyapu rumah, melipat kain.
Tapi.. lebih ke main je lah.
Di rumah sendiri tak berpeluang buat semua tu kan?
Nek wa yang bekas guru tadika pulak, punya cara lain untuk mengasuhnya.
Buku pun buku budak 5-6 tahun yang nek wa guna-pakai untuk dia belajar main².


Alhamdulillah, dia suka semua jenis bahan bacaan.
Buku teks usu, buku nursery rhymes, katalog tupperware, majalah PaMa, Mastika, buku wirid solat, Dara.
Semua dia ambik, renung dan belek².
Jumpa pen, terus conteng.


Terserlah kan rambut yang tersesat tanpa hala tuju, tidak tentu arah.
Golong sana, golong sini dan semakin panjang.
Ikat pun sebenarnya macam tak ikat jugak.
Rambut midin, kata nenek.


8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. cute da juak rambut iman ya koh..cerdit upa nya pande nak baca buku...cute!

    ReplyDelete
  2. Ya rabbi.. kacak da jak mata anak ktk.. dahlah nya nang kiut.. Rambut mahal ya.. org lain lelah mok menggolong2 rambut nya dah semula jadi.. alhamdulillah lah... :)

    ReplyDelete
  3. azzra,
    cute kh? hehehe..makseh

    wa onggon,
    makseh..kacak indah lok..ya lah oh... alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. kin ari kin besar kin lain muka cdak mira ho.. hehehe... :) comel..

    ReplyDelete
  5. aok..siyes cute!
    rambutnya makin menyerlahkan muka nya cute ya..sweet iman..;p

    ReplyDelete
  6. rambut kitak golongka mira? rambut sapat di ekotnya oo..imagine indah mek rambut bg nizam golong cmya.hihihihihi.

    ReplyDelete
  7. azzra,
    haha..makseh

    kak eda,
    dolok masa mek umur ya nang rambut mek golong cmya... bila dh guntin alu ilang golong nya... mek alu tetak juak imagine ayahnya rambot gulong kedak ya

    ReplyDelete
  8. owh kita hari tu berangan nak anak rambut macam iman ni, tapi tak dapat. rambut oni sekarang pun kita taktau nak kata tumbuh macam mana, lurus tak, keriting pun tak. huru-hara, lagi2 nak match kan dgn pusar dia yg dua tu.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form