Bukan mudah nak menjadi seorang blogger

Membuat blog amat mudah.
Tetapi mempunyai blog bukannya mudah.
Membuat blog, anda hanya perlu baca dan klik sahaja mengikut langkah-langkah yang disediakan.
Mempunyai blog?
Anda perlukan 1 komitmen!
Komitmen masa.
Komitmen idea.
Komitmen kemahiran bersosial.

Mempunyai dan memiliki blog sangat memerlukan komitmen, ya kawan-kawan.

Sebagai seorang blogger tegar, anda tidak mungkin akan membiarkan blog anda terbiar.
Sebagai seorang blogger tegar, anda berusaha untuk memastikan blog anda dikemaskini.
Sebagai seorang blogger tegar, masa minum pagi anda bersama kawan-kawan sepejabat mungkin akan dikorbankan.
Sebagai seorang blogger tegar, masa tidur anda mungkin akan menjadi lebih singkat untuk memastikan entri yang dihasilkan berkualiti.

Bayangkan, tanpa pengorbanan, blog anda tidak mungkin akan bertahan.

Tanpa follower dan pembaca, siapalah blogger.
Oleh itu, hargailah follower dan pembaca anda.
Jangan biarkan mereka kehampaan kerana masuk ke blog anda dan tiada entri terkini.

Susahkan untuk menjadi seorang blogger?


Ibu Iman: nak maintainkan blog bukannya senang....


4 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. boleh je kalau nak buat entry ntah pape, tp kalau kita sendiri tak suka. org lain lagi kan pulak
    maka...betul kata mira
    tak snang nak jadik blogger

    ReplyDelete
  2. sungguh betul kata-katamu, nak pergi mana-mana pun still teringat blog tak berupdate. entry berkualiti tu sangat penting walaupun kekadang terlepas entry2 yang tah apa-apa. jujurnya membuat entry perlukan mood.

    ReplyDelete
  3. bena ya kak.. nak crk idea nak maintain blog ya bukannya mudah. huhu

    ReplyDelete
  4. dayu, betol tu.. ntah pape pun kena fikir 'side effect' die jugak.. hehe

    cha, kalo xde mood mmg xleh nk buat 1 entri pun... tp kekadang dpt gak... taip je 'xde mood'... hihi

    ztie, yalah.. idea ya kdg2 byk tp bila dh ngadap laptop, ayat x pandei terkeluar

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form