Kriteria persembahan yang diharapkan

Pagi ni ialah presentation pertama untuk pelajar final sem. Saya amat mengharapkan sesuatu perubahan selepas mereka menjalani latihan industri (LI) tetapi nampaknya belum ada yang boleh dibanggakan. Mereka masih membaca, slaid pun masih kebudak-budakan.

Bagi saya, pesembahan yang baik ialah:

  1. Perancangan persembahan yang teratur - di mana sebelum membuat slaid, mereka perlulah membuat draf untuk pengenalan, isi dan penutup (kesimpulan). Setelah isi-isi untuk bahagian ini sudah ada dan lengkap, barulah kita boleh membuat slaid Powerpoint.
  2. Penggunaan slaid Powerpoint - bahagian ini penting kerana Powerpoint yang memainkan peranan sama ada persembahan kita berjaya ataupun tak. Walaupun isi dah cukup dan lengkap tapi dipersembahkan dengan kurang baik, maka kurang baiklah persembahan itu. Bila menggunakan Powerpoint, pastikan font, saiz font dan warna font bersesuaian dengan latar belakang slaid. Sekiranya menggunakan latar belakang putih, pastikan warna font berwarna gelap, jika tidak, kebolehbacaan audien akan kurang di situ. Jika audien tak nampak, sukar nak baca, maka daya tumpuan dan konsentrasi pun kurang. Ini menyebabkan isi yang hendak disampaikan tidak dapat diterima dan difahami sepenuhnya.
  3. Bahasa yang digunakan - perlulah menggunakan bahasa Melayu standard yang boleh difahami audien. Jangan campur adukkan dengan bahasa Melayu, English dan dialek tempatan.
  4. Gambar dan ilustrasi yang bersesuaian - hendaklah tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil dan bersesuaian dengan isi yang hendak disampaikan. Penggunaan gambar dan ilustrasi dititikberatkan supaya persembahan tidak hambar dan membosankan selain memberikan pemahaman yang lebih kepada audien.
  5. Orang yang menyampaikan - iaitu pelajar haruslah berpakaian kemas, bername-tag, seperti seorang pelajar. Suara yang lantang dan pandai menarik perhatian audien di samping komunikasi mata dan body languange yang berkesan. Dan jangan lupa, salam dan pengenalan diri/kumpulan sebelum meneruskan persembahan dan terima kasih selepas tamatnya persembahan.
Bagi saya, sekiranya pelajar-pelajar saya dapat memenuhi kriteria di atas semasa persembahan ,saya sudah cukup berpuas hati. Saya tahu  setakat mana kemampuan pelajar saya. Kalau  mereka boleh menghuraikan isi tanpa melihat slaid, itu sudah cukup baik!



5 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. urgh, kita cukup gementar bila kena presentation. rasa selamat bila semuanya berakhir.

    ReplyDelete
  2. Aok2 lak mek molah yang terbaekkkk.. ai follo..

    Mira.. bila tek adik Iman nak kuar.. haha tiba2 lari tajok..

    ReplyDelete
  3. cha, kalo audien tu org2 besar... mmg nerves smp nk terkucil...hihihi

    kak tina, haiya... adik iman blom proses gik... hik hik

    ReplyDelete
  4. huh. mun part2 presentation, kmk rindok ati koh mira. mek suka pot pet pot pet.. hehehe...

    ReplyDelete
  5. kmk gelik hati nangga gmbr ya..teringat zaman study dolok..

    kmk suka mun polah presentation spontan..prepare dlm ms 10 minit kdak ya..kakya alu present trus..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form