Iman dah susut

Bangun tido terus posing jadi budak nerd alim

Sebelum Iman Madihah berjalan dengan confident hari tu dia demam, agak teruk la.
Suhu sampai mencecah 39.
Pastu menggigil-gigil jer dia tido.
Dengan batuk dan kahak sampai suara pun hilang.
Pergi klinik, dia kena nep sebab nak keluarkan kahak.
Then doktor tu refer Iman ke SGH sebab takut pneumonia.
Nasib baik Iman tak apa-apa, kalau tak kena admit la untuk observation.

Lepas Iman sembuh daripada demam, dia menjadi semakin aktif.
Kekadang hiperaktif bila hari malam.
Berjalan dan bermain tak henti-henti.
Kalau lapar, dia sendiri akan tunjuk kat meja dapur, nak menum-menum.
Lepas tu, badan dia semakin susut.
Macam kureng bulat je muka dia.
Perut pun macam tak berapa nak boroi dah.
Menyusu pun bila dia betol-betol haus.

Dah ler sekarang dia ketagih tengok video sendiri.
Kalau nampak jer handphone sesiapa kat umah tu, mesti dia akan suruh bukak video dia.
"Yo.. yo.." sambil tunjuk handphone.
Lepas tu dia akan baring.
Sebab dia akan tengok video sambil berbaring.
Iman.. Iman.
Kekadang serumah gelak tengok keletah dia.
Dah ler suka mengarah orang sekarang.
Pastu pandai jugak nak marah-marah.
Hehehe.
Tapi makin dia marah makin comel!

Iman comot makan twiggies sambil baring


Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form