Workstation & KPI

Workstation di ofis ialah tempat saya yang menurut perintah melaksanakan tanggungjawabnya kepada anak bangsa yang telah diamanahkan kepada saya. Cukup berinfo dan berdedikasi sekali bunyi ayat tu kan? Tapi sebenarnya macam tidak. Baru jer 3 tahun kerja, dah macam kurang motivasi dah. Macam mana lah ni?

Saya suka renung balik diri saya. Rupanya banyak faktor yang menyebabkan perkara macam ni terjadi (kurang motivasi). Antaranya:

  • Lokasi tempat kerja yang jauh - pergi kerja dah sejam, boring tau... kalau mengantuk tu, masok ofis terus jer mood merudum.
  • Buat rutin kerja yang sama. 
  • Boss yang tak suka memotivasikan staff, sebaliknya semakin merudumkan mood staff.
  • Boss yang tak pandai manage staff. 
  • Boss yang tak tau prosedur kerja, hanya tau mengarah.
  • Boss suka marah-marah?
  • Perlu tukar bos?

Hmmm.... macam tak aci jer semuanya nak salahkan boss. Sebenarnya semua tu bermula dari diri sendiri. Betul tak? Kalau nak, 1000 daya, kalau tak nak, memang lah 1000 alasan dan faktor.

Oklah, sebab tu nak ambik mood baru sempena semester baru bulan Januari nanti, feng shui baru, layout workstation pun dah bertukar wajah. Tukar posisi dah takmo mengadap pintu, student bukak pintu terus aaarrghhh... stress pulak. Erk.. entah apa-apa, tiba-tiba stress teringatkan student yang bakal masuk semester depan. Oh, not my favourite batch.

Makanya... kena ikhtiar awal sebelum student masuk. Jangan cari pasal dengan diri sendiri ok. Ingat KPI, KPI. Sebut KPI teringat dengan member (Puan Liu). KPI 2011. Mudah-mudahan tercapai.

Inilah Puan Liu yang selalu mengingatkan saya tentang KPI 2011 yang mesti dicapai.

Dan inilah workstation saya yang telah berubah posisi.
Semoga tahun 2011 nanti akan mengukir lebih banyak kenangan manis dalam sejarah perkhidmatan saya. Erk, awalnya memasang impian. Insya Allah, kami boleh.


3 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. cantiknya awak pnMiraaa. ikhlas ni, mendatangkan mood 2011.

    ReplyDelete
  2. wahh comel muka :D
    semoga 2011 akan memberikan gaji yang lebih kepada ibu iman :D

    ReplyDelete
  3. thanks Cha @ wani, malu pulak org puji2 ni... yg penting, hati yg kena cantik.. kan?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form