Semuanya dihadiahkan oleh....

Saya menulis ni secara rambang. Takde kaitan dengan yang hidup atau pun yang mati. Cuma kekadang buat saya terfikir. Ada ke dalam dunia ni, yang kita dapat, yang kita nak, yang kita idam-idamkan semuanya dihadiahkan oleh orang kesayangan. Tak kisah ler, suami ke, isteri ke, tunang ke, boyfriend ke, girlfriend ke. Ada ke macam tu ek?


Bagi saya, benda yang kita dapat dari titik peluh kita sendiri tu lebih 'syorga', kalau boleh sampai bila kita memang sayang nak buang. Kalau benda yang orang bagi, kasih sayang terhadap benda tu ada kureng sedikit. 


Orang yang tak kawen lagi, baru jer bercintan-cintun, memang senang ke nak bagi benda yang mahal-mahal? Gadget yang macam DSLR, laptop, smartphone, PS, memang senang ye nak bagi as a present? Ke pasangan tu yang request sendiri? Kalau request sendiri, memang tak malu betol la. Nanti tak jadi kawen, clash, pastu mengungkit. Sape nak menjawab.


Orang baru bertunang, bagi present mahal-mahal, mesti anak orang kaya kan? Tak perlu saving untuk kawen. Bestnya dapat tunang macam tu.


Saya, masa bertunang benda yang paling mahal tunang saya bagi ialah handphone SE dan jam tangan. Jam tu memang saya sayang pun sampai sekarang.


Masa kawen, lain cerita lah. Semua benda kita share bersama. Lagi-lagi bila dah bergelar Ibu, suami akan lebih sayang kita. Nak bagi smartphone ke, gelang emas ke, rantai berlian ke, memang hak kita sebagai isteri. Itulah penghargaan suami kepada seorang isteri di samping kasih-sayang yang tak berbelah bagi. Wow, macam bahagia je. Tapi memang bahagia pun macam tu, ada give and take. Memang macam tu pun sepatutnya bila melayari bahtera rumahtangga. Kan? Kan?


Kalau saya, walaupun kita ni tanggung jawab suami, tapi sebagai manusia kita masih ada hak sebagai seorang manusia. Biasalah wanita ni, 1 akal, 9 nafsu! Kalau benda yang saya nak, sebolehnya saya akan guna wang sendiri untuk mendapatkannya. Sebab kepuasannya memang ketara di situ!



 

5 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Mena kata ktk koh.. hasil titik peluh dikpun ya lagik puas dan feelnya lain.. Mun org merik tuk lain.. :)

    ReplyDelete
  2. perangai awak same ngn saya...kalau de idamkan satu barang saya usaha sendiri...tk penah mintak dgn asben...kalau dia nk bg kita adiah tk payah mintak2...betul dak...

    ReplyDelete
  3. mira, kmk salu juak berfikiran kedak ya koh. nak share juak tok.. hehe.. time bertunang paling mahal pun kmk dpt hadiah henpon SE juak.. hahaha.. dah kawen, dapat hp juak, nokia express music 5800. bila kmk pregnant dolok, hubby mek berik handbag. then raya tahun tok tek, bok mek nerimak hadiah gik, handbag juak. yang havoc-havoc yang kmk ada lamak2 tok adalah hasil dari titik peluh kmk pun..

    kmk sokong semua nak d pdh ktk.. kmk heran juak bah, ada sesetengah org... sandal, handbag, purse, apalah nak mahal ya kebanyakan laki, tunang, gerek yang hadiahkan... mun cdak kaya, sik heranlah nak. tp ada yg so on jak pun mampu berik hadiah gya, kah si peminta ya nang ngegeh2 mintak.. hehe..

    bagi kmk la, kmk prefer hubby mek simpan duit byk2 untuk masa depan. tp, mun dah hubby berik ya, ambik juak... hahaha.. rezeki jgn di tolak maa..

    pjg komen kmk koh.. hehe...

    ReplyDelete
  4. wa kaljis,
    menar kata ktk....feel beli kedirik nang lain... ada kepuasan di sia

    Sue*SuriYati,
    betol tu.. kalo dia nk bg, bagi jer...

    Mama_Nabihah,
    "bagi kmk la, kmk prefer hubby mek simpan duit byk2 untuk masa depan. tp, mun dah hubby berik ya, ambik juak... hahaha.. rezeki jgn di tolak maa.." ---> kmk suka tok! bkn k org lain, k kita juak nk?

    ReplyDelete
  5. kesimpulannya, sekali sekala husband kena bg wife hadiah. hehe.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form