Iman Madihah semasa belum lagi 30 hari |
Semalam Iman Madihah jumpa Prof Hatta di SGH, untuk follow-up umur setahun.
Alhamdulillah.
Prof cakap kaki Iman stabil tapi kena follow-up lagi masa umur 2 tahun tahun depan.
Tapi kalau Iman lepas ni jalan 'ngengkang' kena set appointment jumpa Prof lagi.
"Ok, Prof, noted. Thanks!"
Lega.
Iman semasa lahirnya suspected DDH.
Apa itu DDH?
Sila baca entri sebelum ni, di sini.
Faktor utama, sebab Iman dulu breech & juga anak pertama.
Kaki asyik terangkat-angkat jer kalau dibuka bedung.
So doktor muda-muda yang check Iman pun risau.
Diorang pun refer Iman ke Ortho.
Kesian Iman masa umur sebulan dah kena x-ray.
Tapi nasib baik tu memang kerja Ayah, should be no problem.
Lepas x-ray, radiologistyang juga member & bos Ayah akan bagi report dulu.
Lepas tu jumpa Prof di Ortho, Prof akan report balik benda yang sama.
So far, dalam masa setahun Iman follow up takde report yang negatif.
Semuanya negatif.
Termasuklah test semalam.
Sekarang ni Iman jalan pun lom stabil lagi so tak nampak la kengkang nya.
Pas ni kalau kengkang, tak payah tunggu Iman 2 tahun Iman kena jumpa Prof lagi.
Harap-harap Iman normal.
Sekarang macam normal, tapi siapa tahu, semoga Iman ok, normal & stabil.
Alhamdullilah, Ayah Iman orangnya tau sikit-sikit bab-bab medical ni.
Walaupun bukan doktor.
So anything senang je nak refer dengan member-member yang doktor.
Kepada adik-adik yang belum kahwin tu cari lah jodoh dengan orang medical.
Orang medical kerja hospital kerajaan.
Hehehe.
Senang sikit nak berurusan di hospital nanti.
Ahaks.
Double standard, tak fair kan?
Lupakan yang tu.
Iman 13 bulan |
Cepatnya masa berlalu, kan?
Terasa baru bulan lepas jer kuar dari OT.
Oh ya ke? Sy doakn Iman sembuh, hrp2 xde pape...
ReplyDeletemudahan iman sikda papa. amin.
ReplyDeletemira, kei nyaman ati kitak, kmk ria, time gik baby keluar dari perut mak kmk 4.5kg. kmk besar gilak, dlm perut mak dah sikda ruang, jadi kaki kmk sebelah ya bengkok. tp time ya mak mek sik tauk apa nama penyakit ya lah. jadi, kaki kamek dibedong dah diengkah kayu kei melurus selamak 40hari time kamek gik newborn. alhamdulillah lekak ya kaki kmk lurus balit. mun mak mek sik gago, lalu pengkang kmk. yarabi....
xsalah pun pki connection kalau ada. semua org pun kalau ada peluang mcm tu. life mmg xfair. hopefully kakak iman xpape, bertambah stabil and away from DDH. muka comel kengkang sikit xde hal lah ;>
ReplyDelete