Pembedahan Caesarean atau LSCS

Pembedahan Caesarean atau LSCS adalah sejenis kelahiran bayi melalui belahan di perut ibu dan rahim. Ia dilakukan bila kelahiran biasa mungkin mengakibatkan komplikasi pada ibu atau bayi. LSCS mungkin dirancang (dilakukan antara 2 3 minggu sebelum tarikh jangka lahir) atau secara kecemasan.

LSCS dilakukan dengan pemberian bius. Pakar O&G, pakar bius dan pembantunya, jururawat bedah, bidan, dan pembantu-pembantu lain akan hadir semasa pembantu pembedahan dilakukan. Jika perlu, pakar kanak-kanak akan dipanggil masuk sekali. Suami pesakit digalakkan berada di sisinya sekali semasa ini. Satu belahan melintang dibuat dibahagian bawah abdomen selepas ibu dibius. Belahan ini akan menampakkan rahim yang akan dibelah sekali dan kemudiannya bayi dilahirkan. Belahan Belahan-belahan ini ditutupkan selapas kelahiran uri. Jangkamasa pembedahan ialah antara 20-30 minit.

Perasaan semasa pembedahan LSCS
Saperti diterangkan, pembedahan ini dilakukan dibawah bius. Bius yang biasa digunakan adalah bius separuh, atau Spinal Anaesthesia, kerana ini adalah cara yang paling selamat dan menghasilkan penyembuhan paling elok. Semasa pembedahan, ibu akan sedar sepenuh masa dan boleh berinteraksi dengan suaminya dan staf di dewan bedah, di samping menikmati saat saat-saat kelahiran anaknya. Selain dari itu, kesan biusnya agak berpanjangan, 4-6 jam, menghasilkan masa selepas pembedahan yang lebih selesa. Sedikit tekanan di perut mungkin dirasa semasa bayi dikeluarkan, tetapi tiada langsung perasaan sakit.

Walaupun bius separuh menjadi pilihan utama, bius penuh(GA) pula bius penuh (disyorkan bagi kes-kes tertentu, ataupun kes di mana bius separuh kes kurang berkesan. Pesakit yang di bius akan merasa tidak sedar dalam jangka waktu sementara. Kekurangan bius secara ini ialah seseorang ibu mungkin rasa muntah dan loya selepas pembedahan, dan proses sedar yang lebih lama. Kesan biusnya terhad, dan pesakit akan mula rasa sakit sebaik saja sedar dari bius.


Bilakah LSCS diperlukan? 
Antara sebab-sebab pembedahan dilakukan sebab ialah:-

A. Dilakukan dalam keadaan di mana  kesihatan ibu atau bayi terancam seperti:

1. Kedudukan plasenta menutup serviks (Placenta Previa)
2. Bayi lemas
3. Saluran bersalin sempit
4. Bayi terlalu kecil atau terlalu lemah untuk melalui kelahiran biasa


B. Dalam situasi di mana LSCS adalah pilihan yang selamat sekiranya kelahiran melalui faraj adalah mustahil:

1. Kedudukan janin yang tak sesuai – songsang atau melintang
2. Keadaan darah tinggi atau masalah kesihatan ibu yang lain
3. Ibu yang pernah melahirkan bayi melalui pembedahan LSCS
4. Saluran bersalin dihalang oleh kedudukan uri bawah (placenta praevia)

Risiko LSCS
Pada zaman sekarang, LSCS adalah satu pembedahan yang sangat selamat untuk ibu dan bayi, tetapi dalam apa jua pembedahan utama tetap ada risikonya. Antara risiko yang utama untuk ibu adalah pendarahan Berlebihan semasa atau selepas pembedahan, dan jangkitan kuman pada luka pembedahan. Bagi bayi pulak, jarang ada masalah kecuali risiko kecil luka semasa pengeluaran ayi dari perut ibu. 

Selepas LSCS
Ramai ibu akan rasa selesa dan memulakan pemakanan selepas kembali ke bilik sendiri, dan balik rumah keesokannya adalah perkara biasa. Makan dan minum harus dimulakan sebaik saja tiada rasa pening atau loya, dan ubat biji tahan sakit akan diberikan sekali. Pelekapan dan penyusuan ibu perlu dimulakan secepat mungkin, untuk memupuk perasaan ibu-bayi. Dengan motivasi yang bagus, seseorang ibu akan melalui masa pantangnya semacam ibu yang bersalin biasa.

Kelahiran masa depan.  
Mengikut jangkaan, selepas melalui pembedahan LSCS, lebih dari 50% wanita akan dapat melahirkan bayi secara biasa masa akan datang. Kelahiran biasa selepas pembedahan LSCS (VBAC) adalah selamat. Ini juga bergantung banyak pada saluran bersalin yang sesuai, kerana, jika saluran itu sempit, maka kelahiran dimestikan melalui pembedahan.


Kredit: LSCS


14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. 1st baby kakak pun emegency ceaser ,mudah2an 2nd baby ni normal la...

    ReplyDelete
  2. oni emergency ceaser, mudah-mudahan lepas ni normal. nanti letak info jangka masa hamil semula lepas ceaser mira. hehe...

    ReplyDelete
  3. kak,

    sy takut mok normal... hehehehe

    cha,
    oh, cha emergency ke? sy mmg planned LSCS

    ReplyDelete
  4. LSCS = Lower Segment Caesarean Section...Iman pn lahir ikut kaedah ni...sy mmg x sedar lgsg ms tu. Doc suggest jarakkan kelahiran at least 2 yrs.

    ReplyDelete
  5. ye ke umi iman? same la iman kite pun lscs gak...

    ReplyDelete
  6. tq for the info mira.. puas hati bila tauk dgn detail ttg cesear tok.

    ReplyDelete
  7. kmk nk menangkis tanggapan negatif urg ttg ceaser... mmg lah mcm x normal.. anak 'berambik' tp mun dh terpaksa... bkn kita mintak pun... tp mek terkilan juak urg salu mcm nganggap urg beranak ceaser tok pelik, sakit gilak, x ada sebenarnya bah mun kita think positive

    ReplyDelete
  8. saye dua2 ceaser.so yg strusnya,wajiblah ceaser.;)

    ReplyDelete
  9. salam, kak ira... :) lamak sik padah hai... ;D hehe...

    you blog is a great source for women and mothers!!! boleh jadi sumber rujukan kmk di masa hadapan... hehe... ;)) dolok kmk lahir pun ceaser juak. tapi, emergency ceaser lah. kaki kuar dolok, hehe...

    ReplyDelete
  10. kmk baruk baca post tok.. benar padah kitak ibu iman.. orang salu padah mun caesar tok, erti nya kita ada masalah macam2.. padahal dah bukan rezeki kita.. ne nak molah nak.. terkilan memang terkilan.. tapi sik bererti kita lahir anak secara c-sect sik bagus.. meluah perasaan indah... kmk pun lahir anak secara csect..

    ReplyDelete
  11. Mira, mek pun c sect juak.. knktok perasaan trauma ya masih.. sebab sblm d ceaser, mek telah melalui fasa-fasa induce yg lamak dan menyakitkan. adessss... nak beranak gik? adoi, pk lok..

    ReplyDelete
  12. kmk plan c-sect so x brp lah nk seksa... seksa lepas kuar OT jak lah... lak dibukak juak ati ktk nk berik Aufa adik... heheheh

    ReplyDelete
  13. Saya Pon penah bsalin LsCs ni, empt tahun Lps, ni ank ketiga, smggu lbh ag due, 31/8, doktr galakn normal, moga2x normal Kali ni, Doakan saya yea kawan2x Alan maya

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form