Mendownload VC dari YouTube untuk dijadikan cd edutainment si kecil anda

Mengikuti perkembangan pembesaran anak-anak adalah suatu pengalaman yang sangat berharga, yang tidak dapat dinilai dan ditukar ganti, terutamanya bagi ibu-bapa muda seperti saya dan suami. Sebolehnya kita inginkan semua yang terbaik untuk anak-anak kita. Pendidikan awal anak-anak sangatlah penting dan seharusnya ditekankan sejak bayi masih dalam kandungan lagi. Sekiranya bayi masih dalam kandungan, kita boleh memberi pendidikan secara tidak langsung kepada mereka. Apabila bayi semakin membesar, kita sebolehnya ingin memberi pendedahan awal kepada anak-anak untuk menggalakkan perkembangan sel-sel otak mereka.

Salah satu cara mudah untuk meransang perkembangan sel otak bayi ialah dengan kaedah edutainment. Di mana kita mengajar sambil berhibur. Sebagai ibu-bapa yang bekerja, dan blogger terutamanya, yang memang  selalu online 24 jam, kita boleh menggunakan apa yang free di internet untuk edutainment anak-anak. Kalau nak yang terbaik, memang kita perlu melabur lebih tapi bila benda dah free di depan mata, tak salah kalau kita ambil peluang tu kan? Dapat la jugak save bajet dekat situ, buat cd edutainment sendiri.

Nak tau caranya? Mudah jer.

Mula-mula....

Pergi ke laman web YouTube. Search video klip yang anda inginkan, contohnya siri tv Barney. Kemudian copy alamat url video tersebut, (Rajah 1)


Kemudian pergi ke laman web untuk mendownload video klip tersebut iaitu di keepvid.com. Paste alamat url di YouTube ke bar url untuk mendownload di keepvid.com (Rajah 2) dan tekan 'Download'.


Tunggu beberapa saat sehinggalah beberapa link akan muncul. Pilih link yang mempunyai high quality sebelum mendownload. (Rajah 3)


Lastly, 1 window arahan untuk save fail tersebut akan terpapar. Save di lokasi yang anda senang untuk access balik (Rajah 4) Tunggu sehingga download tamat.


Ok tak? Senang kan? Apa lagi cubalah. Lepas ni tak payah la beli nursery rhyme cd lagi ek? Sebab anda dah boleh download, kumpul dan burn! Jadilah 1 cd edutainment untuk si kecil anda.


Selamat mencuba.


7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. keepvid n savevid... byk keja wo makey ya... kenak sik makey Sothink Web Video Downloader jk...? ny mun detect video, automatik download...

    ReplyDelete
  2. thx for sharing dear..i dah lama nak donlot video dri u tube tp tak tau cara nya...lepas ni boleh la bua cd kan..simple as that kan..?

    ReplyDelete
  3. asma,
    oh, thanks... lak coba makei software ya..

    mommyYen,
    ya lah..leh wt cd utk anak2

    ReplyDelete
  4. anak buah mek suka barney kak.. hehe... part nak down load tok la kamek malas.. huhu

    ReplyDelete
  5. kakak dah download youtube barney n friends episode my family (just right for me)kakak pakai xilisoft ja mira!

    ReplyDelete
  6. bukan stakat anak buah mek juak suka barney...dgn kmk nok dah tua tok suka barney juak..kenjit2 jak barney..tetap menjadi pujaan ati mek..slain barney, kmk jatoh chenta ngn shaun the sheep juak kinek tuk..hadoi...

    ReplyDelete
  7. salam ziarah....gud info..tq ye

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form