Saya simpan dalam hati

Entahlah, rasa macam tak seronok jer.
Saya tak pernah pun marah dia.
Sebab saya bukan jenis mulut laser yang suka marah orang tak tentu pasal.
Paling marah pun saya akan jumpa KJ atau KP dan mengadu.
Lepas tu reda.
Saya tak simpan tapi saya akan tetap ingat.
Saya sukar nak melupakan.
Saya takkan lupakan di saat saya nak pergi be*ak, dia takde.
Mungkin itulah titik permulaannya.
Tapi, saya marah dalam hati kerana tanggungjawab.
Sendiri mau tau la apa itu tanggungjawab.
Janganlah sewenang-wenang buat macam opis mak bapak dia.
Ok. Cukup. Cukup Ibu Iman.


Sekarang.
Saya dapat merasakan dia macam tak layan saya bila saya bercakap dengannya.
Saya tanya, dia jawab nak tak nak.
Okay.

Mungkin dia letih nak jawab kot.
Takpe.
Maklum, busy.
Cuma dia seorang jer boleh buat.


Well, saya memang takde side effect (SE) pun.
Dia ada ke, takde ke, apa aku kesah?
Oops.. terlebey sudah.


Yang penting saya buat kerja saya.
Dia? Buat lah kerja dia ok.
Oh, siapalah saya,
Serius, garang, tak cantik, tak baik, tak gedik.
Oops..
Siapa yang cakap dia gedik?
Bukan saya ok?
Bukan saya, diulangi sekali lagi bukan saya.


Ah, sudahlah.
Sabarlah wahai hati.
Biasalah di mana-mana pun berlaku begini.


Saya dengar dia nak pergi?
Mungkin tau orang dah mula mengomel pasal dia?
Sebab dia sendiri jugak.
Disiplin? Sendiri mau jagalah kawan.


Saya masih ingat minggu peperiksaan amali itu.
Bukan saya seorang terkena.
KP dah pesan berkali-kali sebelum minggu amali.
Tapi?


Takpe Ibu Iman, cuma ingat TANGGUNGJAWAB.


Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form