Bukan mudah nak menjadi jurugambar profesional

Hari tu Iman pergi sesi photoshoot .di Emart Matang.
Dengan setiap pembelian produk Johnson & Johnson, baby akan dapat free photoshoot.
Gambar tu pulak digunakan untuk masuk contest Johnson & Johnson.
Saya malas sebenarnya sebab kesihatan yang tak berapa memuaskan.
Tapi nenek Iman beria-ria untuk mencuba nasib.
So, kami anak-beranak pun pergi lah ke Emart.

Posing dulu di rumah sebelum ke emart.

Memang sah, seperti yang dijangka, memang ramai orang berduyun-duyun di Emart.
Semua dengan anak masing-masing nak ambik gambar.
Bosannya menunggu, Iman dapat giliran ke 71.
Sedangkan masa register tu baru no 63.
So kami jalan-jalan dulu cuci mata.

Iman tengah sebok memilih toy.

Ibu pun sebok sama.

Iman yang dah keboringan.

Akhirnya tibalah masa yang ditunggu-tunggu.
Iman pun berposing la di 'mini studio' tu.
Kebetulan masa Iman tu bertukar photographer pulak.

Yang ni Ayah Iman yang snap.

 Sama la dengan yang ni.

Hasil photoshoot tersebut?
Punyalah lama saya menunggu tapi saya hampa, terkilan dan kaciwa.
Ada 6 jer gambar Iman yang dia shoot.
Anak orang lain sampai berbelas-belas saya tengok.
Dah la pose tak menarik langsung.
Shoot tahap amatur tingkat bawah sekali.
Elok sangat la gambar-gambar yang adik saya ambik sendiri di rumah.

Ok jer kan yang ni.
Daripada yang orang Johnson & Johnson tu shoot, entah pape.
1 pun pose Iman tak menarik.
Saya main hentam keromo jer pilih untuk dihantar masuk contest.
Geram sangat!

Gambar-gambar yang dishoot sendiri jauh lebih elok daripada yang dishoot oleh photographer tu.
 
Bukan mudah sebenarnya nak jadi pro dalam bidang fotografi ni.
Apatah lagi nak shoot gambar baby.
Lain skillnya, kena sabar dan kreatif.
Bukan tunggu baby tengok kamera baru nak shoot.

Masih tak puas hati sebenarnya.

DSLR sekarang dah menjadi trend.
Ramai yang mampu membeli, tapi tak ramai yang mampu menguasainya!


6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. mungkin org ya sik pandey tackle iman..

    ReplyDelete
  2. Hahaha..cam moto plak bunyinya, ramai yg blh beli tp x ramai yg blh menguasai...xpela, doa2 ada rezeki Iman Madihah...cantik sgt gmbr Iman Madihah yg last tu...comel.

    ReplyDelete
  3. mena3x kata ktk ya.. Kmk sendirik pun dgn jujur madah lum khatam gilak ngan funtion DSLR kmkpun.. hehehe...

    ReplyDelete
  4. assalamu allaikum..
    salam kenal mak cik..

    ReplyDelete
  5. BSI,
    ya lah..

    Umi Iman,
    cuba create motto sendiri... hehehe.. Tq

    kal jis,
    mok practise salu n mok rajin explore br pro ooh..

    KOS,
    salam kenal :)

    dukun,
    tQ... :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form