Sayang semuanya

Anda sayang suami anda?

Takpe, sila jawab dalam hati jer.
Saya bukan mahukan jawapan anda sekarang.

Kenapa anda sayang suami anda?

Oh, takpe.
Tak payah bagitau kat sini.
Anda tahu kenapa anda sayang suami anda kan?
Dan semua orang tahu seorang isteri tempatnya di sisi suami.
Dan seorang isteri sepatutnya mencintai suaminya sepenuh hati.
Tanpa ragu.

Dan.
Tak payah jugak lah saya canangkan di sini.
Betapa dalamnya kasih sayang saya sebagai seorang isteri kepada suami saya.
Dan kadang-kadang saya masih tidak percaya yang saya seorang isteri.
Isteri kepada suami saya.
Punya anak berusia 7 bulan.
Indahnya kehidupan.
Semoga saya dan dia berbahagia hingga ke akhirnya.

Saya bersyukur di atas nikmat kehidupan yang bahagia ini.
Walaupun bersifat duniawi dan sementara.
Tetapi sebagai seorang hambaNya kita layak mengecap nikmat kehidupan berkeluarga.
Dan berbahagia.

Alhamdulillah.

Saya sayang semuanya.


1 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form