8 bulan dah rupanya...

Hari ini dan semalam saya bercuti.
Orang lain semua dok cuti panjang.
Saya? Cuti 2 hari jer.
Nak save cuti untuk hujung tahun konon.
Baki cuti rehat sekarang ada 21 hari lagi.

Besok 30hb Iman Madihah genap 8 bulan.
Seronok melayan Iman Madihah sekarang.
Dia dah pandai salam.
Pandai bye-bye.
Pandai mengajuk orang batuk.
Pandai duduk.
Pandai meminta-minta bila tengok orang makan.
Pandai kecik-kecikkan mata.
Pandai tepuk tangan Ibu bila Ibu nyanyi pok amai-amai.
Pandai memilih orang yang dia suka.
Dan pandai menyuap Ibu!

Iman, Ibu mintak sikit.

Nah Ibu, Iman suapkan.

Thank you Iman. Sekarang Ibu pulak suapkan Iman minum air ye.

Alhamdulillah. Iman dah kenyang dah Ibu. Thank you Ibu.

Indahnya perasaan seorang Ibu.
Tatkala melihat anak membesar di depan mata.
Mudah-mudahan Iman Madihah senang dibentuk.
Dan menjadi semakin cerdik.
Amin.


7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. huhu nanti dia dah jalan, lagiii geram. lagiii dia cerdik, akalnya sungguh panjang, dia jadi kuat merajuk pun ada. :D

    ReplyDelete
  2. Gmbr Iman Madihah suap Ibu sungguh sweet...Iman Madihah bru 8 bulan rupanya, Iman Umi ni dh 1 thn 1 bln...kakak Iman la.

    ReplyDelete
  3. yerrr... besar dah anak ktk.. pok amai2 lok ehekk.. makasih merik tips "like" kedak FB ya aaa... :)

    ReplyDelete
  4. alalaalaa c comel iman madihah..dah besar dah.. wahh, dah pandai suapkan ibu plak..

    ReplyDelete
  5. iman's umi
    hehehehe... iman jugak kn? syg iman kite kn?

    kal jis,
    sama2 seh.. hehehe

    Imaan09,
    x sabar tgu iman pandai jln... leh jln2 kt kl... hehehe

    ReplyDelete
  6. Kmk rindu anak-anak buah mek eh... bila la mok dapat anak dikpun... huhu...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form