Terlampau

Oh, saya busy yang terlampau dan melampau-lampau. Nak menjenguk blog kawan-kawan pun takde masa sejak minggu lepas. Minggu lepas konvokesyen, memang busy nak uruskan itu-ini. Nak masuk kelas pun fikiran fikirkan hal konvo. Sib baik dah lepas dan berjalan lancar. Minggu ni pulak sibuk dengan pemantauan FRP dan folio pelajar. Fuh, baru jap tadi saya telah dipantau. Dan syukur.... lega. Semuanya dah lepas. Yang tak complete tu apa nak buat, saya bantaikan ajer menjawab. He he he.

Keluar jer dari bilik lepas dipantau tu, semua member cakap kenapa lama sangat? Apa yang lama sangat? Entah, saya pun tak tahu, pegawai yang memantau tu bukan nak marah pun cuma dia tanya ada nak tanya ke? So saya tanya jer lah mana yang saya tak clear, dan dia explain, juga berkongsi cadangan memandangkan dia pun mengajar subjek yang sama dengan subjek saya. Ok la, muhasabah diri. At least saya tau apa yang saya tak tahu dan tahu apa tugas yang saya tak buat untuk tugas hakiki saya.

Psst: Lama dah tak kena audit. Memang berdebar sampai rasa nak muntah.


post signature

1 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. tu aa..lama menyepi..gambar iman comel terbaru pun xde..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form