Conjuctivitis

Lama dah Ibu tak mengupdate. Masa Iman mengulat, masa tu lah kepala Ibu dok berfikir apa yang nak ditaip kat blog. Macam-macam idea datang. Tapi, apakan daya, Iman dan seluruh isi rumah telah terkena jangkitan conjuctivitis. Kesian Iman.

Day-1

Isnin - Ibu balik kerja cam biasa. Ibu sampai umah jam 6, seperti biasa Iman pun tak sampai lagi. Setiap hari nenek yang akan ambik Iman kat umah Nek Atok. Sebelum Adamaya start, loceng umah pun berbunyi, ting-tong.. Ibu pun melonjak kegembiraan sebab itu menandakan Iman dah sampai. Ibu pun cepat-cepat berlari untuk membuka pintu dan Ibu lihat Iman monyok dalam dakapan nenek. Nenek Iman pun muka takde mood.

Nenek: Cepat sediakan air mandi Iman, mata Iman dah merah sebelah. Farhan pun dah kena.

Ibu terus dapatkan Iman dulu. Tak seperti selalu, Iman tak melompat pun bila nengok Ibu. Muka memang manyak sedih. mata sebelah kiri merah. Kesiannya anak Ibu. Lepas peluk cium Iman, Ibu pun bagi Iman kat nenek sementara Ibu siapkan air mandi Iman.

Lepas mandi Iman nangis. Jarang Iman nangis lepas mandi. Nenek Iman cakap masa kat umah Nek Atok tadi Iman takmo tido. Mesti mata dia tak selesa kot. Ibu pun bagi Iman 'ulat' pastu Iman terus tido.

Lepas maghrib, Ibu dan Ayah bersiap bawak Iman pergi klinik. Risau tengok Iman macam tu. Dalam kereta on the way ke klinik Iman sugul, asyik nangis jer, takmo dibaringkan. So Ibu dukung jer sampai kepala lentok kat bahu, tertido macam tu jer. Alahai..

Sib baik masa kat klinik Iman tak banyak ragam. Masa doktor tengah check, Iman boleh senyum-senyum lagi. Alhamdulillah.

Masa ni, 3/10 daripada isi umah positif conjuctivitis.

Selasa - Ibu amik emergency leave sebab tak sampai hati tinggalkan Iman kat umah Nek Atok.

Rabu - Ibu gi kerja cam biasa. Sebelum balik kerja mata Ibu dah ada simptom-simptom conjuctivitis. Isk.. Tak sangka sebelah malamnya terus positif. Dua-dua belah mata terus merah.

Masa ni, 4/10 positif.. tambah atok Iman yang matanya dah membengkak.

Khamis- Bangun tido, mata Ibu takleh nak buka. Sah! Memang dah teruk. Tengok kat cermin mata memang dah bengkak, Ibu sms Firaun cakap Ibu amik MC, kena sakit mata. Ayah pun sama jugak, positif. Usu Iman pun sama jugak.

Masa ni, 8/10 dah positif. Termasuk Usu Iman. 

Pas mandikan Iman Ibu dan Ayak pun ke klinik. Lagak macam sepasang suami isteri yang buta jer. Kedua-duanya berspec hitam tapi nak buat camne? Takkan nak tayang kat orang mata yang merah dan bengkak kan?

Pas jumpa doktor Ibu dapat MC 2 hari. Walaupun rest jer di umah tapi Iman takmo berenggang dengan Ibu. Dah la asyik nak mengulat jer. Takmo tido lak tu. Nak main jer dia. Dia uma akan tido masa mengulat jer, lepas puas dia pun terus bangun, meniarap dan berguling-guling atas katil. Malam tu dah jatuh katil. Masa tu Iman dan Ibu jer dalam bilik. Iman seperti biasa, mengulat. Tanpa disedari ibu tertidur, Iman plak cam biasa bila dah puas terus nak main. Tetiba Ibu terdengar suara Iman menangis. Bila Ibu bukak mata, Iman takde atas katil. Rupanya Iman dah atas lantai. Alalala... Ibu rasa bersalah sangat kat Iman. Tapi Nenek Iman cakap, takpe, budak-budak mesti ada jatuh. Normal. Takpelah. Sib baik takde sesape marah Ibu sebab lalai menyebabkan Iman jatuh.

Day-5

Iman pada mulanya dah beransur baik tapi bila Ayah dan Ibu positif, mata dia pun merah balik. Hari ni alhamdulilah semuanya dah beransur ok walaupun mata masih merah. Yang penting jangan bengkak, bengkak tu yang sakit.

Dan last but not least, Nenek Iman pun akhirnya positif jugak. So 9/10 dah kena conjuctivitis. Doktor cakap selalunya orang terakhir yang kena akan lambat baik. SO, kita tengok siapa yang paling last kena. Jeng jeng jeng...

post signature

3 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. otedah jaik ati kenak sakit mata.bkn nyaman sakit mata tok nang sakittttt gilak2..
    take care sis.mudahan cepat bait semuanya :)

    ReplyDelete
  2. aih..kcian dgn iman..bukan best kenak ya. rasa mok guguk jak bijik mata mun tunfuk..

    get well soon utk anda sekeluarga. hehehe..

    sakit2 pun..kiut juak anak ktk kak..

    ReplyDelete
  3. ramai yg kena...kawan kite pun kena jugak. take care mira :D

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form