Yang Terbaik

Princess Ibu dah tido. Rasa macam magic jer sebab Iman tido awal malam ni. Selalunya pukul 12-1 barulah mata Iman macam garfield. Baru keletihan nak tido.

Sleeping Beauty Iman Madihah

Masa Iman tido ni lah masa Ibu nak bloghopping sana-sini. Minggu ni Ibu cuti so siang hari tu takde lah online 8-5, kalo free update gak status kat FB. Tapi hari ni langsung tak pegang pc or lappy langsung. Baru malam ni on lappy, tu pun sebab Iman tido awal, kalo tido cam biasa takdelah entri ni kot.

Hmmm.... Princess Ibu sekarang dah tido dalam baby cot dia sendiri. Tetapi kekadang Ibu letak jugak Iman tido bawah ketiak Ibu. Kesian gak tengok dia dalam baby cot tapi dalam masa yang sama Ibu dan Ayah nak train dia supaya independent. Biar dia berani. So far takde masalah masa Iman dalam baby cot cuma masa dia terjaga awal pagi dia akan menangis. Mungkin nakkan perhatian. Kalo tido dengan Ayah dan Ibu, takdenya dia nak menangis. Bangun-bangun jer, Iman celik mata, Ayah terus cakap, "Good morning, sunshine" apalagi si Iman akan gelak dan senyum selebar-lebarnya. Itulah saat-saat terindah di awal pagi. Dengan wajah yang putih bersih, perasaan kasih tu semakin membuak-buak melihat puteri kecil  kami memberi senyuman manis buat Ayah dan Ibu, rasa macam nak peluk taknak lepas anak Ibu ni tapi Ayah dan Ibu ada tanggungjawab lain, demi sesuap nasi untuk Iman jugak. Indahnya perasaan menjadi seorang Ibu.

Suka dalam stroller.

Ibu sekarang tengah cuti semester, so Ayah pun ambik cuti jugak 3 hari, nak spend masa dengan Ibu dan Iman. Semalam walaupun cuti Ibu kena pergi kolej settlekan kerja, Ayah plak baru start cuti semalam. Dengan rasa bersalahnya Ibu tinggalkan Iman dengan Ayah di rumah. Ingatkan dapat settlekan kerja awal tapi kena tunggu Firaun, pukul 4.30 gak Ibu bergerak keluar dari kolej. Memang rasa bersalah dengan Ayah. Kesian Ayah kena jaga Iman sorang-sorang kat umah. Dah la Iman sekarang makin lasak. So malamnya Ibu ajak ayah tengok movie. Buat julung-julung kalinya selepas 9 bulan pregnant dan Iman 5 bulan, Ayah dan Ibu pergi tengok movie lagi. Lamanya berpuasa nengok wayang. Hehehe. Memang excited sangat sebab dah lama sangat tak kuar nengok movie. Tapi abis jer movie Ibu terus ajak Ayah balik, dah teringat Iman kat umah. Alahai... hebatnya penangan Iman Madihah ni. Sebab tu lah ke mana-mana pun Ayah dan Ibu tetap jugak bawak Iman, even tengok student main bola kat stadium pun Ibu bawak Iman. Takpe, Iman dah biasa dengan crowd, alhamdulillah dia tak takut pun. Pergi kenduri pun dia tak nangis. Ibu pernah terbaca dalam majalah Pa & Ma, kita kena latih baby kita bawak ke tempat crowd supaya dia dapat membiasakan dirinya dan tak takut dengan suasana yang bising macam tu. Ha... Itulah yang Ayah dan Ibu praktikkan. Ayah dan Ibu memang nak yang terbaik untuk princess kami. Insya Allah.

Ayah, Ibu dan Iman Madihah di The Spring.

Masa Ayah dan Ibu cuti ni la time untuk bawak Iman jalan-jalan. Tapi masalahnya dah tak tau nak ke mana. The Spring setiap minggu dah jadi rutin rasmi bawak Iman pusing-pusing kat situ, nak bawak Iman tengok nature, Iman belum tau apa-apa lagi. Tunggu dia besar sikit, nak bawak dia pergi tengok crocodile, tengok bird, tengok cat. Hmm... kena bawak Iman jelajah Kuching dulu baru boleh bawak dia fly ke KL. Nanti nak 2nd honeymoon dengan Iman sekali. Mesti best.

Ibu dan Iman yang suka si-ri-yes.

 Cari persamaan antara Ayah dan Iman. Mestilah DAHI..! Haha

post signature

2 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. hahaha... kakak nabihah pun dahi sama macam ayahnya. iman gik 5 bulan, kin besar kin susah ktk ngan hubby ktk nak keluar berdua. kita empuan tok yg x kempang nak ninggal anak. ya pengalaman kmk laa... apa dah di pandey iman? dah singit badan?

    ReplyDelete
  2. ya lah koh..kekadang terpaksa juak tgl..hehe.. mun x,alu la.. iman dh pandei nerap dh nektok

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form