Yuhuuuu...! Sekarang saya berblogging dari lab, ganti member yang ada function kat luar, so masuk kelas die untuk amali kemahiran mendengar. Syok jugak subjek ni. Now tengah on ceramah motivasi Dr Fadzillah Kamsah yang bertajuk 'Ceria', budak-budak plak tengah catatkan isi-isi penting daripada ceramah tu. Sesambil tu saya pun turut mendengar.
Kata Dr Fadzillah Kamsah, kalo nak ceria kena pakai baju-baju yang berwarna ceria. Hari ni saya pakai baju merah. My favourite colour. Memang ceria pun sebab Firaun takde pagi ni. Hihihi. Kalo nak ceria dan penuh kasih sayang, pakai baju warna biru muda, nak ceria dan nampak matang, pakai warna coklat. Hmm... tu jer yang saya sempat ingat. Nampaknya saya pun kena ambik isi-isi penting petua-petua untuk ceria ni dari mula lagi.
Kalo stress, peluk baby, cium baby. Yeay! Sebab tu kalo balik kerja tak sabar nak peluk Iman Madihah. Memang hilang stress. Lupa semua masalah. Kalo ada haiwan kesayangan, pun peluk. Hilang segala kemurungan. Ada orang yang bela kala jengking sebagai haiwan kesayangan, tapi kalo dah binatang tu yang buat dia ceria, why not? Janji ceria.
Orang yang ceria akan memotivatekan dirinya untuk ceria. Kenapa memilih untuk bermurung sedangkan kita boleh memilih untuk ceria. Kita dah diberi pilihan. So pilih la. Pilih untuk ceria. Ya. Malas la nak pikirkan sangat masalah kerja pasni. Sebab orang yang murung akan terus-terusan akan bermurung. Suka berdendam, bersangka buruk, berfikiran negatif, bla bla bla.. semua-semua yang negatif lah.
Kita tak perlu menang all the time untuk ceria. Kekadang kita perlu berada di bawah, yakni kalah. Orang yang tinggi sangat semangat daya saingnya selalunya tidak selalu ceria. Ye la, bila kalah sikit, terus down, masam muka, murung, takleh menerima kenyataan. Tak salah kan sekali-sekala kita mengalah untuk lebih ceria kan? Biar bersederhana, jangan terlalu angkuh ego diri. Itu amalan syaitan.
Tu jer lah petua-petua yang berngiang-ngiang di telinga saya ni. Tapi pemilihan warna untuk ke tempat kerja tu memang penting. Sebab tu lah saya pantang pakai baju merah atau oren ke tempat kerja pada hari Isnin. Merah tu. Panassss. Hehehe.
Makanya, pilihlah untuk CERIA hari ini jugak!
Gambar hiasan semata-mata, takde kaitan dengan entri. Gambar diambil di Laman Padi Langkawi masa honeymoon pregnant Iman 2 minggu. Memang ceria lah masa ni. Hehehe. Rasanya kali ke-2 upload pic ni di sini sebab ni antara my fav pic. Suka tengok padi yang menghijau walaupun tengah panas terik masa tu.
Tags
Info
eh, warna pepel ceria tak? kite pakai pepel hari ni, hahaha! i like green too much :D
ReplyDeletemek ceria ritok sbb mek offday! :)
ReplyDeletech@,
ReplyDeletepurple.. ceria & bersemangat... hehehhee
fieza,
nang best! jeles... hehehhe
ibuiman..ceria2 selalu!
ReplyDeleteyeaahh... kene ceria2 selalu.. hehe...
ReplyDeletemena ta ktk. melok baby ceria asa ati. adoh, jaoh glak baby kazen mek. nun rah kch nun. gne mok ilang stress tok
ReplyDeletekemurungan la kmk tok. isk. hehe
Wow, bestnya lam gamba ya! Ya ladang padi kah? Best alu jak.
ReplyDeleteadoheh,
ReplyDeleteaok... laman padi di langkawi
mr abs,
tedah lok... boh gia... peluk pusak jak.. hehe
imaan & aida,
yup... mst ceria selalu :)